Monday, July 16, 2012

Keputusan Peperiksaan Sudah KELUAR!!!

Tarikh:16/7/2012
Kejadian:Pelajar-pelajar UniMAP boleh start semak result exam masing-masing.

Assalamualaikum..
Berdasarkan kejadian di atas,aku yang juga salah seorang pelajar UniMAP telah check result menggunakan kemudahan portal. Mula-mula aku tak expect langsung hari ni keluar result.Jiwa tengah aman damai tiba-tiba bergelora bila tau ari ni keluar resultnye..Ele..cam tak biasa dapat result.Tiap-tiap semester dapat result takkan kecut perut lagi..Halo! Setiap kali dapat result mesti berdebar punyelah.Kompom tak yah nafikan. Result ape pun,semua mendebarkan.Kuikui..

Selepas melalui beberapa prosedur keselamatan untuk log masuk ke dalam portal,maka misi mencari kebenaran bermula. Internet yang agak-agak kemalasan membuat aku makin cuak. Cepat ler..nak tengok result ni..kemudian,apa yang dinantikan muncul.Eh,belum lagi..kena pilih nak tengok ape..klik pada current semester result(ye ke? Lebih kurangla..),jeng,jeng,jeng terpampang.

Betul ke ni? Aku tak silap tengok? Nama aku,nombor matrik pun aku punya,ic pun aku punya jugak. Aku rasa macam tak boleh buat masa exam baru ni.Woa..rasa macam tak percaya.Lama-lama tilik baru percaya.Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki yang baik kepada hambaMu ini. Tak disangka pointer meningkat sama ada PNG ataupun PNGK. Alhamdulillah,sangat bersyukur..

Mungkin inilah hikmah disebalik kepadatan jadual peperiksaan baru-baru ini. Membuatkan students tak lagha(tak main-main),pulun abih..Berdasarkan fb,ramai jugak classmates aku yang mendapat kenaikan pointer. Semoga keputusan peperiksaan ini dapat membakaq semangat untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi;semangat budak-budak Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan sesi 2010/11.(^_^). Insya-Allah. Amin Ya Rabb..

Tahniah rakan-rakan.=)

Sekian,Wasalam..

No comments:

Post a Comment