There was an error in this gadget

Monday, February 14, 2011


pemandangan dari rumahku,aras 4..cantik..=)

padi baru nak jadik..

bukit sekeliling wang ulu



asrama dari kejauhan

musim 'luruh' bakal tiba..
Assalamualaikum...
Kami datang dari wang ulu,
kawasan terpencil dalam daerah kangar,poskod 01000.
Hihihihi..cantik kan pemandangan kat sini..
Ade sawah padi..rumput-rumput..bukit-bukau..
Kalau nak tau,belakang asrama UniMAP wang ulu ni,adalah banjaran Nakawan.
Kiranya side belah sini Malaysia,side belah sana Thailand.
Kadang-kadang rase tak caye gak,tapi kenalah terima hakikat..=D
Wang ulu aman permai..pagi-pagi sejuk je..
sejuk mata memandang bila bukak tingkap nampak sawah menghijau.
Pastu ade rumah tengah-tengah sawah..cantik..
Huhuhuhu..
Em..nanti lenkali aku upload gambar lain pulak.
Tengah boring-boring ni..
em..berundur dulu..
Wasalam.



Monday, February 7, 2011

Assalamualaikum..(^_^)
I'm back..sekarang aku kat pauh..haa..not the type of spesis mangga tu eh..ni name tempat dimana kampus tetap UniMAP ditubuhkan.Sorang-sorang disini tapi ade lagi la orang lain.
Kelas math cancel...sukenye hati..sepatutnya time ni aku buat esaimen yang berlambak tu tapi nak ambik masa sekejap,tengok blog ini..dah bersawang agaknye..

Hari ni aku nak cakap pasal impian aku masa kecik sampai sekarang.Dulu masa aku kecik-kecik,impian aku nak pakai kasut ade tumit dan bertutup tapi tak kisah la warna ape2 pun.
Kira masa tu aku bercita-cita nak pakai kasut macam orang besar punya kasut..then now,jadi terbalik pulak.Sekarang impian aku nak pakai kasut macam yang budak2 punya pulak sebab kasut budak2 comel..hihihi(^_^)

Dulu masa sekolah rendah impian aku nak masuk sekolah berasrama penuh dan alhamdulillah impian aku tercapai walaupun dapat masuk mase umur aku 16 tahun..dan sekolah tu memang menjadi sekolah impian.Aku rasa bertuah sangat2 dapat masuk ke sekolah yang diimpikan.

Impian yang tak pernah padam dari dulu sampai sekarang ialah nak bagi umi ngan abah aku rumah.Rumah banglo..cantik..ade taman-taman.Bolehla umi ngan abah aku bercucuk tanam.
Lepas tu nak bawah umi ngan abah gi jalan2 macam abah selalu bawak aku ngan adik beradik lain gi jalan2.Pegi bercuti..dalam bahasa yang mudahnye...aku nak tengok umi ngan abah bahagia.

lagi satu...aku nak mendirikan rumah tangga ngan orang tersayang..amin..(^_^)

Rasanya setakat ni dulu..Aku nak gi kejar bas..nanti tak sempat nak balik wang ulu.
chow!! salam=)