There was an error in this gadget

Saturday, August 14, 2010

Assalamualaikum..
Che Ton Ton coming back..

Lame bangat x update wall ni..tiada sempat kurasakan.Ngeh~
Jam menunjukkan jam 0536 waktu malaysia pada tanggal 14/8/2010...Hari ni hari ke-4 pose di bulan Ramadhan,wajib untuk semua muslimin dan muslimat untuk berpuasa kecuali bagi orang-orang yang dapat keistimewaan.

Mase kecik-kecik zaman x mumaiyiz lagi,aku suka sangat puasa ni.Dah niat nak bangun sahur,tapi tak bangun.Ummi gerak banyak-banyak kali tapi x bangun-bangun jugak.Last-last x puasa tp ok lar tu sebab budak-budak lagi.
Ingat lagi masa aku umur 9-10 tahun camtu la..aku,adik aku,ngan abang aku bangun sahur.Lepas abis sahur tak tidur,kami main-main.Awal-awal pagi sebelum matahari menyinsing,aku ngan adik aku menterlebih rajinkan diri melipat semua baju dalam bakul yang dah dibasuh.Budak-budak lipat apalah sangat.Suka hati jer..
Lepas tu bila dah nampak cerah sikit kat luar(cerah sikit jer n still gelap lagi),abang aku sorong basikal,kayuh kehulur kehilir depan rumah.Aku ngan adik aku kejar abang.Gembira betul masa tu.Orang lain x bangun lagi,kami dah "menceriakan" suasana kuarters tu.Ketawa kuat-kuat macam ini dunia kami yang punya.
Paling x boleh dilupakan,abang ambik stoking ummi yang tebal tu pasang kat dua-dua belah telinga dia,jd macam puppy then dia kejar aku ngan adik aku..Apa lagi,makin gembira la kami main subuh-subuh buta tu..Hihihi...rindu abang.

Memang manis kalau dikenangkan zaman puasa budak-budak.Puasa yang yok,balik rumah minum air dalam bilik air.Nasib baik ummi ngan abah x tau.Takut gak kan x leh raye.
Dulu,time bualn pose jer semangat aku berkobar-kobar nak gi masjid.Nak solat terawih.
Duduk saf belakang pun x pe la.Bila dah membesar sikit,dah x pegi masjid.Sedih jugak la masa tu.Tapi nak wat cam mane kan,pihak atasan kata x payah pegi masjid,kita ikut jelah.

Em..da masuk subuh.Lenkali pulak ar aku sambung cerita ntah apa-apa ni.
Chow dulu!!