There was an error in this gadget

Monday, May 31, 2010

Assalamualaikum..
che ton in da house...:D

Today,I would like to share something.Sesuatu yang kita tak belajar masa kat sekolah secara langsung,tapi kita belajar benda ni secara tak langsung.It is called peer acceptence(penerimaan rakan sebaya)

Benda ni dah lama ada atas dunia.Ada manusia,adalah benda ni.Aku bukan orang cerdik pandai,kaunselor,profesor,aaaa....dan lain2 la untuk membahaskan hal ni tapi aku sekadar nak share ape yang aku dapat.Hm..lebih kurang gitu la..

Kita nak berkawan,ada teman gelak guling-guling,teman gelak sederhana,menangis tersedu-sedu,share masalah...dan macam2 lagi la. benda tu normal la...aku pun nak gitu..it's a normal thing selagi bergelar manusia.

Tapi yang jadi tak sedap didengarnye,terikut-ikut kawan sampai benda salah pun di ikutnya.
Kawan smoking.....dia smoking,kawan ajak bawak motor laju-laju...dia bawak motor laju-laju.
Orang yang tak senang dengan benda yang diorang buat mula la nak marah. Dikatanya itulah,inilah,@#$%...aku pun sama gak.
But,nape bende ni bleh jadi??? Hm...pikir...pikir...jap lagi sambung..

Berdasarkan apa yang aku pernah belajar daripada abah aku,itulah penerimaan rakan sebaya.
Dia ingin diterima dalam kumpulan kawan-kawannya secara tak langsung mengangkat harga dirinya.Dia merasa selesa apabila berada dengan kawan-kawannya.Teringat masa form 3 dulu,kena buat karangan tentang membendung masalah sosial dalam kalangan remaja. Mesti ada gak dikalangan kita tulis,pengaruh rakan sebaya menjadi sebab rosaknya nilai moral dalam kehidupan remaja sekarang.Cikgu BM pun bagila markah kat point tu.

Apa yang pasti,rakan atau kawan atau sahabat atau freind ni memberi kesan yang besar dalam kehidupan bersosial ni.Kalau berkawan dengan orang yang selalu bawak buku,nanti kita pun bawak buku.Kalau kawan dengan orang yang suka berhias-hias(jangok) kita pun ikutla berhias-hias.Jadi,pemilihan kawan tu amat penting.Ia boleh mempengaruhi gaya kita berfikir,budi bahasa kita,penampilan kita,tuturkata kita dan probably masa depan kita.

Aku percaya semua orang akan sakit hati or at least terasa hati bila kawan kita mereject kita daripada kumpulannya.Hilang mood kita,kaki pun rasa macam tak jejak tanah,menangis-nangis hati ni bila kena macamtu.Terasa macam hilang sokongan.Pastu kita pun merajuk..bawa diri.
itulah penanganya penerimaan daripada kawan.Benda ni memang terjadi dengan sendiri.

Sebenarnya pada aku,berkawan dengan sape-sape ni tak salah asalkan kita pandai jaga diri.
Dalam erti kata lain jati diri yang kuat.Jati diri ni hal lain..nanti aku tulis kat page akan datang. Ok?

Sunday, May 30, 2010

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah dapat jugak buat blog lepas pecah masuk blog adik sendiri...
Hihihihi..
Tak tau nak tulis ape ni...nanti ada idea aku tulis la eh...