Thursday, October 11, 2012

Dengan mengingati Allah,hati kita akan menjadi tenang

Assalamualaikum..
Salam sejahtera untuk semua.

Yer..keserabutan melanda hati dan fikiran. Rasa macam masalah datang mencurah-curah walaupun sebenarnya benda tersebut doesn't a big matter. Macam-macam aku pikir sekarang ni. Rasa marah yang tak terluah,rasa geram yang terpendam,rasa tak puas hati terbuku..melambak-lambak dalam kotak hati. Otak kata sabar..tapi hati tetap terasa.

Sebagai manusia biasa,ada jugak rasa nak bagitahu semua orang bahawa aku tak puas hati dengan si polan si polan ni.Aku marah dengan orang tu,orang ni.Aku rasa aku tak pandai itu,ini..kalau tak semua orang pun ada jugak terdetik kat hati aku nak orang terdekat tahu,kawan-kawan yang baik dan rapat dengan aku. Tapi bukan keje diorang nak dengar masalah aku. Diorang pun ada masalah sendiri.Aku nak cerita dengan umi abah,tapi tak de kekuatan. I'm trying to be independent.

Maka,janganlah lupa kepada Maha Satu.DIA takkan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tak mampu harungi.Sang hamba perlu bersabar dan mencari jalan penyelesaian serta memohon doa kepada-NYA.Malangnya,sang hamba ni hanya mengingati tuhannya bila susah.

Pesanan untuk diri sendiri..
"Allah dekat sangat dengan kita walaupun kita tak nampak.Ingatlah tuhanmu di mana-mana sahaja,apa jua keadaan kerana dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang.Hanya pada-NYA tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.Bukan pada facebook."

Sekian
Wallahualam
Wassalam.

Sunday, September 16, 2012

Patah tumbuh hilang berganti

Assalamualaikum dan selamat hari Malaysia!
Sunyi betul hari ni.Betul-betul cuti ni.

Hm..tajuk entri ini..mengenangkan balik anak kucing kat rumah. Muzy namanye. Tapi dah mati. Wuuu..sedih betul.Rasa macam aku baru je belai-belai dia.Bagi mandi..buang taik mata kat mata dia.Sekarang Muzy dah tak de.Muzy mati tersepit dalam saluran air daripada atap. 

Berita menyayat hati tu menggetarkan otak aku.Susah nak cerna berita tu.Muzy nakal betul tapi manja.Senyap je bila dalam pangkuan aku.Suka tangkap ekor mak dia,Miuwe.
Sekarang semua tu dah tinggal kenangan.I'll always love u Muzy.

Kemudian dikhabarkan pulak berita Miuwe bunting lagi. Benarlah kata pepatah patah tumbuh hilang berganti.Semoga Muzy selamat melahirkan anak-anak kucing yang baru yer.

Sekian
Wasalam

Saturday, September 8, 2012

Semester baru,azam pun baru..

Assalamualaikum dan selamat pagi..
anda sudah makan? Branch ke?(Breakfast+lunch)
Aku ler tu mengambil inisiatif Branch. Jimat belanja.


Pada saat dan ketika entri ini ditulih,aku sudah tak berada di tanah ganu terchenta. Sudah balik ke utara sana. Semester baru akan bermula lusa. So,untuk semester baru ini aku berazam untuk kurang bermain-main,kurang bershopping-shopping,lebihkan makan supaya berat naik dan ape lagi yer..menjaga kesihatan supaya tak menderita sakit macam dolu.

Semoga dengan beradanya aku di tahun 3 ini,aku semakin rajin.Amin..untuk semua orang jugak..semoga anda semakin rajin.

Sekian..
Wasalam...

Wednesday, August 15, 2012

Sila ambil serius.

Assalamualaikum

Berikut adalah sedikit perkongsian tentang kandungan gula dalam makanan yang selalu kita makan. Ukuran dalam sudu teh ye..(tetiba jadi serius)


Tak sedar kan kita makan banyak gula. Kebanyakkan orang rasa tak penting untuk tengok fakta pemakanan(nutrition fact) kat belakang bungkusan makanan.Beli dan makanan. Akibatnya,ramai yang menghidap diabetes dan kencing manis.(potong kaki..Nauzubillah)

Tak salah nak makan atau minum coca-cola..sprite..ribena semua tu tapi dalam kuantiti terkawal supaya kelak tak merana bila badan tak dapat nak kawal paras gula dalam darah.

Insya-Allah kita amalkan pemakanan yang seimbang sama-sama supaya pada hari tua nanti tak dihinggapi penyakit berkaitan pemakanan ni.

Wallahualam..
Sekian...

Sunday, August 5, 2012

Padan muka kau.

Assalamualaikum..
Yo! Wasap-wasap!Selamat pagi Malaysia!

Oh,hujan hari ni.Patutla dalam rumah aku kelam je.Tade cahaya matahari masuk.Sejuk lagi atmosferanya.
Em..tajuk ari ni tak de kena mengene dengan siapa-siapa kecuali aku.Yer,hanya aku yang terlibat dalam citer ni.

Alkisah bermula pada tahun 2007,tahun aku masuk sekolah berasrama.Kemasukan ke tingkatan ompet. Awal-awal tahun tu,pihak cikgu-cikgu sibuklah menguruskan hal pelajar termasuklah kumpulan bahasa inggeris mane yang pelajar baru ni patut ditempatkan.Adakah A,B,C,atau D?

Untuk menentukan group tu,cikgu-cikgu BI buat satu test untuk semua pelajar baru ni.Test ni mengandungkan 100 soalan objektif .Pelajar-pelajar diberi 1jam (ke 1jam setengah) untuk selesaikan soalan itu. Mula-mula aku dapat tu dah menggeleng kepala.Tak suke beno jawab soalan objektif 100 soalan ni.Semuanya BI pulak tu.

Test pun bermula.Go Atun Go! Buat jangan tak buat.50 soalan pertama aku jawab dengan jayanya.Nak masuk ke separuh akhir seterusnya,mata aku dah berat.Berat sangat macam kena gantung berkilo-kilo guni garam kat kelopak ni ha.Tengok jam,ala..ade masa lagi.Tido la dulu.Mengantuk-mengantuk ni tak boleh nak fokus.Dengan senang hatinya aku tersengguk-sengguk menghadap kertas soalan tu.

"Okey students,you have 20 minutes more to answer the test",suara teacher yang menjaga test tu menyentakkan aku.Hah? 20 minit lagi.Uih,ade 50 soalan lagi ni.Tadi 50 soalan pun aku buat setengah jam. Cepat-cepat aku ambik pensel balik,baca soalan dengan terburu-buru sampai otak pun tak dapat proses ape yang aku baca."Alamak,tak tau! Tembak jela," Berbelas-belas soalan aku tembak.Soalan belakang-belakang la.Masa dah habis tapi aku masih lagi menembak.Ok,jadilah ape pun nak jadi.Sape suruh tido.

Bila result dikeluarkan dan terpampang di papan kenyataan....
"Atun..atun..atun..."Aku cari nama aku.Dah jumpa.GROUP D! The last group. Ohoho..amek kaw! Orang ambik test jawab dengan bersungguh-sungguh.Ini,pergi tido pula...ayoyo.Apa mau cakap sama umi abah ni..
Tidak mengapalah..bak kata pepatah siapa yang berusaha dia yang dapat hasilnya.

Tetapi,Alhamdulillah..masuk tingkatan limo aku dikehendaki masuk dalam group A. Group pertama dan keputusan peperiksaan SPM untuk Bahasa Inggeris aku juga tidak mengecewakan,A1. Kejadian di atas mengajar aku supaya tak ambik mudah perkara-perkara yang tak sepatutnya di ambik mudah.

Sekian..
Wallahualam..

Saturday, August 4, 2012

Itu anak manusia...

Assalamualaikum dan salam Sabtu.
Salam 15 Ramadhan dan salam Asar.

     Dah tengah-tengah bulan Ramadhan rupanya..Sedar tak sedar bulan penuh keberkatan ini dah nak berlalu meninggalkan kita. Adakah selepas ini kita masih berpeluang bertemu dengan bulan barakah ini? Wallahualam..berdoalah semoga diketemukan lagi.

     Seperti skalo lah,bila dah tengah-tengah bulan puasa ni orang ramai especially di Malaysia sebab negara lain aku tak survey,mula membanjiri pusat-pusat beli belah.Nak kasut raya,baju raya,perabot raya,barang kemas raya,bla..bla..bla..Semua untuk raya. Hendak diceritakan oleh aku ialah sebuah keluarga yang datang ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu.Bershopping barang raya la juge pada pengamatan gue. Tu biasalah masa waktu-waktu gini.

    Semasa menunggu ummi beli barang sikit kat pasaraya tu,aku tengokla keadaan sekeliling.Ow,kat sebelah kereta aku ada pakcik tunggu isteri kut.Tiba-tiba aku dengar cam suara orang marah-marah.Aku cari la sape buat bising dalam bandar sejahtera ni.Ow,seorang kakak....atau lagi sesuai dipanggil makcik.Awat maroh beno tu makcik.Marah sape? Mata aku menyoroti langkah makcik tu.Ow,dia marah budak kecik. Anak bongsunya barangkali.Marah sebab mungkin budak tu banyak songeh dalam pasaraya tadi kut..nak tu..nak ni..tapi makcik tu tak kasi. Okey..tapi tak perlulah melaung macam tu depan orang ramai makcik.Itu anak manusia jugak yang ada hati perasaan. Walaupun budak tu kecik lagi,tapi benda tu boleh bagi effect kat dia bila dia besar nanti.

    Aku meneruskan pemerhatian terhadap keluarga itu.Banyaknye beli barang..Pakcik sebelah kereta aku tadi nak beralih tempat. Keretanya nak diparking di sebelah kereta makcik marah tadi.Budak yang dimarahi tadi tercegat dengan muka sedih dalam petak parking yang pakcik tunggu isteri tu nak parking. Pada awalnya mereka tak perasan tapi salah seorang kakak budak tu perasaan dan mintak adiknya beralih ke depan sikit. Mai lagi sorang kakak dia pi cepuk kepala adik dia dan tolak gi depan dengan muka marah+geram.Ya Allah..itu anak manusia..bukan patung,bukan kucing..apa salahnya tarik tangan dia gi depan sikit.Ni main kepala,dah lebih ni!Aku pun panas tengok.

     Tuhan menyuruh kita berbuat baik sesama manusia terutama sesama saudara sendiri.Kalau dah adik dilayan macam tu sejak dia kecik,so jangan heranlah kalau dia buat balik benda yang berlaku atas diri dia kepada parents dia atau adik beradiknya yang lain.

Sekian,wallahualam.
Wasalam..

Wednesday, August 1, 2012

LoVely 31/7..

Assalamualaikum dan salam bulan kemerdekaan.
Selamat pagi dan selamat berpuasa...(^_^)

   Hoyeh..dah bulan lapan. Hari ni satu hari bulan lapan. Semalam 31/7. Semalam adalah hari yang mengembirakan. Semalam adalah hari aku hyperactive. Kesian adik aku,tak lena tido..muhehehe..

    Semalam,untuk pertama kali dalam hidup aku..melalui sekatan jalan raya JPJ dan disuruh ke tepi. Oih,sape tak cuak kena suruh ke tepi nak buat pemeriksaan. Rasa macam terloncat perut ke tekak. Aku pun buatla seperti yang diarahkan. Parking tepi jalan.Nampak sorang akak driver kancil,status macam aku jugak..ade "P". Siap bertikam mulut dengan sorang pegawai JPJ. Ape ni? Tawakal jela atun..Sebaik berhenti,sorang pegawai JPJ wanita,cun jugak datang..."Adik,mintak lesen.."muka tak senyum tapi berhemah betol dia mintak lesen aku. Cepat-cepat aku keluarkan lesen gambar muka tembam. Tangan menggeletar abih. Padahal orang tu mintak lesen je.(-_-)" Seminit kemudian,lepas pegawai tu tengok kiri, kanan,depan,belakang kereta yang aku bawak,aku dan kereta serta penumpang dibenarkan membawa diri.Umi dengan adik aku gelak je bila tengok aku ketar-ketar serah lesen kat pegawai tadi. First time beb..! Mane tak cuak.

   Petangnya aku dan adik menghantar diri sendiri menjalankan misi yang diarahkan oleh abah. Misinya: Pergi Farmasi Aiman.Beli Ubat-ubatan Yang Diperlukan. Seterusnya Cari Yakult! Misi tambahan oleh umi: kalau pergi bazar,belikan sayur keladi. Orait abah dan umi..anakanda menjunjung perintah. Ditakdirkan Allah SWT,dalam menjalankan misi terakhir iaitu misi mencari sayur keladi,aku terjumpa dengan kawan lama yang memang sangat-sangat aku nak jumpa. Setiap hari aku teringat kat dia..mandi tak basah,tido tak lena,makan tak kenyang..cewah! Tak lah sampai gitu sekali. Aku jumpa balik Ayu! Kawan aku yang kiut..oh,Alhamdulillah..=)

   Ketika perjalanan pulang selepas menyempurnakan misi,aku menerima mesej daripada bestfriend aku zaman SPM dulu..Eh,U'u!Wah..dah dua orang kawan lama...kita menjalin ukhwah balik.They make me smile again.
[Nok senyum weh rase..=))))]

    Dan semalam juga ialah hari lahir abang hensem aku yang ke-23."Uqbah Muslim"..aku pun tak tau bila dia letak "Muslim" tu kat belakang nama dia.Haha..Harap dengan adanya "Muslim" itu,abang akan menjadi muslim yang sejati. Pesanan dari adikmu,"Atun Muslimah"..hehe:Sila beri aku kakak.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam,dan esok lebih baik daripada hari ini.Wallahualam.
Sekian..
Wasalam..

Yang benar,
__@tun__

Sunday, July 29, 2012

Sebab-sebab kenapa budak-budak suka main dalam masjid.

Assalamualaikum dan salam Ahad.

     Hari ni dah 9 Ramadhan. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk berpuasa.Ada manusia yang tak dapat berpuasa kerana keuzuran.Budak-budak kecik pun biasanya tak puasa. Cakap pasal budak-budak kecik ni,biasa la aku tengok diorang main-main dalam masjid time mak ke..ayah dia sembahyang. Dia lari sana,lari sini,jerit macam kena rasuk pastu ketawa golek-golek.

    Bila aku pikir,pikir,pikir...macam-macam sebab timbul dalam kepala. Aku bukan la pengkaji habit budak-budak ni,cuma tafsiran suka hati otak aku jer.Antara sebab-sebab yang aku pikirkan munasabah:


  • Sebab kawasan dalam masjid tu luas.Saujana mata memandang.Ada karpet lagi.Boleh berlari setiap sudut 360 darjah asalkan tak langgar tiang.
  • Bergema.Gema suara dengan derap tapak kaki bila diorang lari-lari tu meningkatkan rasa excited diorang nak bermain-main.Dalam masjid kan sunyi,so suara diorang jela yang memonopoli melainkan ade ustaz bagi ceramah..
  • Sebab mak ayah diorang tengah solat.Tak boleh kejar diorang.Maka berlarilah mereka sesuka hati. Biasanya parents dah pesan awal-awal.Duduk diam-diam..jangan main jauh-jauh..


    Itula antara sebab yang aku pikir kenapa budak-budak kecik suka berlari dalam masjid. Hehe..

    Wallahualam.
    Sekian,Wasalam.

Friday, July 27, 2012

Ke bazar ramadhan(versi bahasa ganu)

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Lame doh wase dok menyampaikan citer versi bahasa tempat ambe ni.Orang kate lame jamang. Hor,doh tubik doh idea ni,mehla nok citer se ke sek-sek mung.Citer pasal bende? Bazar ramadhan.Kang bulan pose doh ni..mesti ar ade bazar ramadhan.

Kat kapung aku ni ade bazar tapi kechek ngat.Dok banyok ar pilihan.Nok hok ade banyak pilihan gi ar Kuala Berang. Situ banyok org jual. Macam-macam ade,dok cekak nok kabo. Nasik ade segala jenih nasik...nasik putih berlauk,nasik khabu(kerabu),nasik dagang..nasik lemok x napok agi,ade kut yer nusuk.
Kuih pulok,ghoyak nok bende tapi bukan semua jenih kat malaysia ni ade situ tapi nok ghoyak banyoknye kuih org jual.Air,sedak-sedak blake napok. Hor ar,dang pose sedak blake.

Petang-petang rama ar manusia mari. Kaya rakyat ganu ni. Meramaikan bazar. Polis pun ade wak rondaan. Napok ar lapu kete polis lih-lah-lih-lah,kaler biru. Orang pakak hati-hati blake ar..dok risau doh..dokleh wak parking ngate riti.Kekgi kene saman.Ye dok mung? Hehe,dok eh tapi ahu la kalu sungguh.

Bendape gi ade bazar?Em..x napok agi hok pelek..base-base jer belake.Adop orang jual kain ghaye ork? Kedda banyok doh.Beghende kene gantung.Cari je hok mane kenang.Letih la pulop citer banyok-banyok ni.Banyok ke eh? Dop pun..tapi takat ni jela nok citernye..

Selamat berpuasa.
Wasalam.

Thursday, July 26, 2012

Fatin's Fans

Assalamualaikum..selamat pagi..(^_^)
Salam ramadhan juga..!!

Aku dan adik-adik meminati seorang budak kecik ni. Namanya fatin,budak kecik yang pernah dijaga oleh umi. Sangat comel,keletah yang mencuit hati,fotogenik dan banyak cakap....

We miss u a lot sweetie..
Tak lama lagi fatin dah nak masuk tadika. (^_^)..
Mmmuah!! Love you..

Sekian,Wasalam.

Sunday, July 22, 2012

Cobaan..

Assalamualaikum..
Hari ni aku ber'emo' sikit menulih nih.
Haih,marah beno teman.

Tadi aku pegi ler hantar adik-adik masuk asrama. Sebelum tu,singgah kejap kat satu kedai beli barang. Ramai jugak ler orang beli barang di situ. Beli untuk persiapan bukak puasa kut. Masa nak buat pembayaran ,tengah-tengah beratur tunggu turn,adela satu famili bawak troli parking belakang aku. Nak membayar jugak tu. Dalam troli tu ada barang-barang dan jugak anak laki umur lebih kurang 4 ke 5 tahun gitu la. Ok,tu aku tak kisah la. Pastu aku rasa ade bende menyondol kat belakang. Dalam hati ni bercakap la jugak,"mak cik ni tak sabar ke nak bayar sampai sondol-sondol aku ni..?"

Bila tengok belakang,mak cik tu tak de pun. Rupanya budak dalam troli sondol-sondol aku. Okey,budak kecik lagi. Boleh consider dia main-main.Aku beralih tempat sikit. Mak aii..makin menjadi-jadi gatal tangan budak ni.Pegang-pegang belakang aku pulak. Tunjuk muka gatal. Rasa nak cepuk je. Tiga empat kali berbuat begitu. Tak tahan jugak aku even he is still small but i think he has learn which parts of other human body are forbidden to touch unless he didn't learn. Mak cik oii..marah la sikit anak mak cik ni..saya ni perempuan..anak dara orang. Dalam hati jela cakap gitu. Last-last akibat sangat tak selesa dengan keadaan tu,aku jegilkan mata kat budak tu. Biarla famili dia nampak aku marah anaknye,asalkan hak aku tak terbuli.

Itula cubaan bulan puasa ni. Bulan puasa mengajar kita bersabar. Aku dah cuba bersabar,tapi kalo dah lebih-lebih..memang tak boleh sabar.Sekian sahajalah cerita aku. Kalo ada yang terasa mintak maaf yer..

Wasalam..

Monday, July 16, 2012

Keputusan Peperiksaan Sudah KELUAR!!!

Tarikh:16/7/2012
Kejadian:Pelajar-pelajar UniMAP boleh start semak result exam masing-masing.

Assalamualaikum..
Berdasarkan kejadian di atas,aku yang juga salah seorang pelajar UniMAP telah check result menggunakan kemudahan portal. Mula-mula aku tak expect langsung hari ni keluar result.Jiwa tengah aman damai tiba-tiba bergelora bila tau ari ni keluar resultnye..Ele..cam tak biasa dapat result.Tiap-tiap semester dapat result takkan kecut perut lagi..Halo! Setiap kali dapat result mesti berdebar punyelah.Kompom tak yah nafikan. Result ape pun,semua mendebarkan.Kuikui..

Selepas melalui beberapa prosedur keselamatan untuk log masuk ke dalam portal,maka misi mencari kebenaran bermula. Internet yang agak-agak kemalasan membuat aku makin cuak. Cepat ler..nak tengok result ni..kemudian,apa yang dinantikan muncul.Eh,belum lagi..kena pilih nak tengok ape..klik pada current semester result(ye ke? Lebih kurangla..),jeng,jeng,jeng terpampang.

Betul ke ni? Aku tak silap tengok? Nama aku,nombor matrik pun aku punya,ic pun aku punya jugak. Aku rasa macam tak boleh buat masa exam baru ni.Woa..rasa macam tak percaya.Lama-lama tilik baru percaya.Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki yang baik kepada hambaMu ini. Tak disangka pointer meningkat sama ada PNG ataupun PNGK. Alhamdulillah,sangat bersyukur..

Mungkin inilah hikmah disebalik kepadatan jadual peperiksaan baru-baru ini. Membuatkan students tak lagha(tak main-main),pulun abih..Berdasarkan fb,ramai jugak classmates aku yang mendapat kenaikan pointer. Semoga keputusan peperiksaan ini dapat membakaq semangat untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi;semangat budak-budak Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan sesi 2010/11.(^_^). Insya-Allah. Amin Ya Rabb..

Tahniah rakan-rakan.=)

Sekian,Wasalam..

Sunday, July 15, 2012

Menangis sebab tu jer..?

Assalamualaikum..
Selamat petang..

Hahahaha..bagi aku gelak dulu..hahaha..kalo ade orang baca cerita ni mesti pikir apela atun ni. Sikit punya hal pun nak nanges..be matured la weh..!! Hahaha..

(Amende citernye tun?)

Gini citernye..beberapa hari lalu aku berpuasa. Dalam hati ni niatnye nak minum air best..sejuk masa bukak puasa nanti. Alang-alang hari tu aku pegi jalan-jalan,dicari la air best tu. Maka terbeli lah air Ribena Cranberry+Blackcurrent. Siap simpan dalam peti ais tempat beku tuh nak bagi sejuk dia kaw-kaw.

Masa berbuka pun tiba..dengan makanan yang ala-ala kadar bersama air Ribena tadi. Minum air masak dulu pastu minum Ribena seteguk..lepas makan nanti minum balik. Tengah-tengah makan,adik aku mintak air Ribena aku sikit. Camne entah,tersilap teknik pegang cawan tu,maka tertumpah la air itu.Habis!

Dengan tidak ditahan-tahan,aku terus menangis kekecewaan.T_T..yela,air yang diidam-idamkan dah habis secara tiba-tiba. Adik aku dah cuak tengok aku menangis. Macam-macam air lain dia offer tapi aku tak nak. Tetap dengan kekecewaan. (Bila ingat balik,hahahahahahaha..ketawakan diri sendiri)

Lepas ummi pujuk,baru aku natural balik. Teringat pesan abah,apa yang kita dapat tu semuanya rezeki daripada Allah. So,itu bermakna air ribena itu bukan rezeki aku pada hari itu. Tidak mengapalah. Sebagai gantinya,jus oren+anggur hijau di'blend' sendiri menjadi pembasah tekak. Sedap gop..hehehe..

Hahaha..sengal atun..hehehe..Sekian sahaja cerita maghrib hari..
Wasalam..

Thursday, July 5, 2012

Alhamdulillah,thank you Allah..

Assalamualaikum..dan selamat petang.
Ape ni,tajuk english,ceritanya melayu?
Hehe..sebab rasa tajuk tu paling sesuai.

Hari ini aku gi ambik test jalan raya. Test untuk mendapatkan lesen P. Masuk kali ni dah kali ketiga aku ambik test jalan raya. Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga,aku lulus dan markah yang tak mengecewakan.

Pada awalnya, aku rasa sangat-sangat gementar sampai menangis-nangis.Hoho..nak ambik test pun menangis. Yela..dua kali failed kat lampu isyarat buat aku semacam trauma dengan benda alah 3 kaler tu(bila ada pegawai jpj kat sebelah la). Tapi alhamdulillah,berkat doa umi,abah dan adik beradik lain dan juga kesungguhan kita nak benda tu..mintak dengan tuhan sesungguh-sungguh hati,,hasilnya memang sangat mengembirakan.


Sekarang,aku dah ada lesen P. Moga-moga dengan adanya "certificate" ni,kehidupan aku menjadi lebih baik. Insya Allah..(^_^)
Sekian.Wasalam.

Thursday, June 28, 2012

Berjalan-jalan area HSNZ

Assalamualaikum..Selamat petang..
Semalam pegi HSNZ(Hospital Sultanah Nur Zahirah).
Sementara menunggu salah seorang ahli keluarga aku buat fisioterapi,aku ngan adik aku pegi jalan-jalan dekat-dekat HSNZ itu.

Ni HSNZ.Bahagian pintu utama..

Kompleks Renang .

Bulatan Batu Baruk. Belakang tu pemandangan Pantai Batu Buruk

A&W Batu Buruk

Pantai Batu Buruk

Bersama beruang A&W

Sekian..wassalam..

Tuesday, June 26, 2012

BeToL..bEtoL..BEtol..


Love this statement.

Monday, June 25, 2012

I can't deny it!


I hate this feeling actually but I can't deny it. It has been created in each of human being.
Seriously,I'm jealous!

Saturday, June 23, 2012

Sampah

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ini hari sabtu(hari entri ini ditulis).
Pagi tadi ada pasar minggu kat Kuala ******
Ramai sungguh orang yang datang ke pasar.
Ekonomi rakyat dapat dijana.

Malangnya,mereka tidak menghargai alam sekitar.
Abis pasar sampah macam plastik,sisa makanan dan kotak dibiarkan merata gawe.
Ni ke dikatakan negara Islam yang mane agamanya menganjurkan supaya penganutnya menjaga kebersihan sebab tu sebahagian daripada iman.

Dalam hati sangat rasa terkilan bila tengok keadaan tak terurus macam tu. Sampah melayang ikut arah angin. Terbang ke sana...terbang ke sini. Bau kurang menyenangkan. Kalau pelancong datang tengok,tak ke malu..?

Rugi je usaha nak tarik pelancong kalau orang setempat buat onar macam tu. Even ada yang sapu ngan angkat sampah-sampah tu,tak bermakna tak payah jaga kebersihan. At least dapat meringankan beban diorang.Petang-petang buat kerja entah pukul berapa habisnya. Sepatutnya masa-masa macamtu,hujung minggu pekerja-pekerja tu dapat meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak sebab kebanyakkan mereka tu berpangkat mak dan ayah.

Sampah tu jugak jadi halangan untuk lalu lintas. Ade ke longgok sampah tengah jalan? Dey..sekurang-kurangnya kalau dah terlampau malas,letak ler sampah selonggok tu tepi jalan. Letak setempat. Ni elok jer parking tengah jalan. Susah orang nak lalu. Tu dah kira ambik hak orang lain.(Mengucap aje la..)

Sayangilah alam sekitar.Cucu cicit kita akan teruskan hidup di dalamnya.
Sekian.
Wassalam.







Wednesday, June 20, 2012

Setiap ujian melanda pasti ada hikmahnya.

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera.
Alhamdulillah,aku telah selamat berada di tanah air terengganu terchenta.
Lega rasa boleh tengok kereta,motor bernombor plat depannye 'T'. Rindu or nak tengok..kat Perlis susah nak jumpa. Kat sini berderu-deru..=)

Baru ni dikejutkan dengan ketidaksihatan salah seorang ahli keluarga aku. Penyakit yang tak kronik tapi cukup merisaukan. Sebagai yang paling tua dalam adik beradik(abang tak balik ganu lagi),so aku kenala memikul some responsibilities terhadap keluarga. Pada awalnye,benda ni menjadi sangat mencabar pada aku..beri sedikit tekanan.Kejutan budaya kata ummi,dengan perubahan jadual akir sem secara mendadak(6 hari kena menghadapi 8 papers yang pada asalnya 8 papers ni 2 minggu). Kemudian terpaksa balik dengan bas secara tergesa-gesa. Then, menjaga ahli keluarga yang sakit,memasak,mengemas rumah dan sebagainya.

Sebenarnya benda ni taklah berat sangat. Ia lebih kepada pengajaran dalam erti kehidupan sebenar. Bukan macam dalam novel. Benda ni mematangkan aku. Memberi aku rasa tanggungjawab terhadap keluarga yang menjadi aset terlalu berharga dalam hidup aku. Nanti suatu hari aku akan berkeluarga jugak. Bakal menghadapi suka duka kehidupan. This may be some good practice for me to be a good wife...(^_^)

Sekian sahaja coretannya..
Wasalam..

Thursday, June 14, 2012

macam mane acuan,gitu ler kuihnye..

Assalamualaikum dan salam waktu senja..
Wuah..abis sudah killer payper..eh..dok-dok..esok ade satu lagi..
Adeh,letihnye ari ni..sangat..

Sementara menunggu maghrib ni,aku berehat sat dengan menaip blog..gane acuan,gitula kuih..ceritanya..orang selalu tanya atun kenapa siap awal sangat. Kenapa atun kemas barang awal sangat,balik lagi seminggu..atun tu memang selalu siap awal ke? Tension aku..

Selalu sangat statement tu aku dengar dan jawapan dia mudah je..abah aku memang dah trained adik-beradik aku untuk menjadi punctual. Abah pun punctual. Lambat kena tinggal.Lambat kena marah. Memang dari kecik lagi abah dah tekankan benda ni. Jadi,dah memang terbiasa siap awal.

Rasanye bende camtu ok.Bagus. Boleh jadi lebih berdisiplin. Nanti nak trained anak aku macam tu jugakla..hoho..

Sekian..
Wasalam..

Wednesday, June 13, 2012

pic2

sawah padi di wang ulu

bunga ape ni ea..?

Bersama kawanku,Asma Khairu Majid

Nasik goreng kampung+telur mata

Insya-Allah..will be

Saturday, June 2, 2012

pic album 1.

Assalamualaikum..this album is created after I have two softwares in my phone;picsart and instagram.
So,I just upload them here.


bibi,lala and domo..(^_^)

lost world of Tambun

somewhere at School of Mechatronic




Thursday, May 31, 2012

Kasihan kereta kecil itu

Assalamualaikum  selamat pagi..
Entri aku hari ini berkaitan dengan satu kemalangan yang berlaku di simpang nak masuk ke PPK Pembuatan(jalan belakang). Sebuah vios telah mengalami kecederaan parah dan pemandunya mengalami kecederaan di tangan. Serun jugakla tengok keparahan vios tu. Nasib baik kete tu sangkut kat penutup longkang yang lebar tu..kalo tak,jatuh menjunam ke bawah bukit yang agak-agak tinggi. Huhu..
Selain itu,sebuah kereta kancil juga menjadi mangsa. Remuk di bahagian hadapan kiri kerana dilanggar daripada sebelah kiri. Kedua-dua buah kenderaan itu dimiliki oleh pelajar. Pada keesokan harinya,aku tengok kat tempat kejadian lagi. Kawasan di mana vios itu tersadai semalam telah clear. Nampak cam tade ape dah yang tinggal tetapi kasihan sekali pada kereta kancil. Masih belum dialihkan daripada posisi semalam atau dibawa ke bengkel. Menurut kata seorang rakanku,kereta kecil itu tidak mampu bergerak kerana tayarnya sudah bengkok. Berapakah impak yang diterima oleh kancil itu? Aku pun tak tahu.

sekian. Wassalam.

Tuesday, May 22, 2012

Pakai gelang kaki boleh tak?

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam hari Selasa.
Pada pagi yang damai aku berpikir sejenak. Macam tajuk persoalan kat atas tu. Boleh ke idak pompuan pakai gelang kaki.

Aku ada gelang kaki.Tapi loceng yang tersangkut kat gelang tu aku dah buang. Semalam,ada kawan aku tegur. Dia cakap tak baik pakai gelang kaki. Aku heran la jugak kenapa tak boleh pakai gelang kaki sedangkan gelang tu tade loceng. Setakat yang aku tahu,gelang yang ada loceng tu haram sebab boleh menarik perhatian lelaki bukan mahram.

Aku rasa jugak nak tau betul ke haram. Jadi aku bertanya la pada pak cik google. Lepas cari punya cari,aku jumpa satu blog. Blog Ustaz Nor Amin. Adela orang yang mempunyai persoalan macam aku. Jawab ustaz itu,

"wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng" (Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua.

Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami.

Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stoken atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa."
 
 Sekarang aku dah nampak jawapannye..adalah menjadi haram apabila gelang tu menarik perhatian lelaki yang bukan mahram walaupun berloceng atau tidak. Yang loceng tu memang sah-sah la haram. Yang tak berloceng ni,kalo orang tak nampak tape..sembunyikan dalam stoken. 
 
Sekian,wallhualam.
Wasalam.
 
 Gambar hiasan semata-mata. Ihsan daripada pak cik google.

sarapan pagi yang sihat

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Mulakan pagi ini dengan keceriaan yang..yang..yang ape-ape jela..hehehe..=)
Salam 1 Rejab. Beruntungla sape yang puasa hari ni dengan niat yang betul. Bukan dengan niat yang terpesong.
Alhamdulillah,semoga mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Tapi aku tak puasa.Rasa macam tak sihat.Tambah lagi malam ni nak kene cepat gi kelas bi. Tak sempat berbuka nanti. Tapela...lain masa boleh puasa lagi.

So,sarapan aku hari ni..facebook ngan blog. Sihat ke itu? Sihat ape..pagi-pagi dah exercise jari. Exercise otak jugak sebab kena pikir nak cakap ape ni. Selain itu,sarapan aku ialah semangkuk buah anggur yang dibeli di The Store  Kangar semalam. Taklah semangkuk penuh,separuh pun tak sampai tapi disebabkan dia dalam mangkuk,maka dipanggil lah semangkuk.

Syok makan anggur sambil mengadap laptop ni. Satu-satu makan sampai tak sedar dah nak abis makan. Tambah pulak internet pagi-pagi ni laju. Nanti dah panas sikit,lambat la balik ni..T_T

Itu sajela yang nak dicoretkan. Citer sikit-sikit dah ar..panjang-panjang kang tak larat nak baca. Adios..
Wasalam.

Wednesday, May 9, 2012

Sekian

Assalamualaikum..
Selamat pagi B10..Selamat pagi KKH..Selamat pagi Wang Ulu..
Tak sangka kat wang ulu ni dah boleh tulis blog..huhu..T_T..terharu..

Tulis blog ni best sebab secara tak langsung tempat ini menjadi tempat aku curah perasaan..haha..tah pape..
So,what I gonna write today..? Let's think..hmmm..kosong..kosong..kosong...
Serius! Kosong. Tak tau nak cakap ape. Otak ni banyak cerita tapi output di jari ni tak keluar.
Em..sekian jela. wasalam.

testing

hello2..testing..wang ulu..wang ulu..

Thursday, May 3, 2012

memang tade keje

Assalamualaikum..(^_^)

Rajin kau menulis yer Tun..mesti..Atun memang rajin kalo bab membuang masa ni..
Hahaha..kau nak tulis ape Tun..? Atun pun tak tau nak tulis ape..

Eh,sape gerangan yang koya itu..? Hehe..sape lagi...gajah la..Cuba teka lokasi ni kat mane..hehe..kat Lost World Of Tambun,Perak. Sempena lawatan sambil belajar skuad 2010 ke Perak,sempat juge la ambe gi jalan-jalan kat Lost World ni..

Ni kat kawasan mendulang bijih timah..kot..diorang gunakan gajah sebagai transport..kawasan kat situ agak luas. Penat jugakla berjalan.

Sekarang penat menulis pulak..huhu..

cerita aku

Assalamualaikum...
Hahaha rindu sama kau..
Dah lama tak menconteng dimuka kau..
Cara nak menulis pun berubah suda..

Em..nak citer ape yer..bulan jatuh ke riba? Pungguk rindukan bulan..? Anak monyet mahu bulan..?
Nape semua pasal bulan ni..? Tanda soal atas kepala!
Sebab mustahil bulan jatuh ke riba,pungguk hanya boleh merindui bulan dan monyet memang takkan dapat bulan tu..So..? Apa maksudnye,,?

What I mean is..jangan mengharap kepada sesuatu atau seseorang kerana ia bisa meneciwakan. Sekiranya mengharap kepada Tuhan Yang Esa,nescaya kita tidak akan keciwa..

Mengapa anda berkata begitu..?
Kerana sesungguhnya ia benar sekali. Aku berharap kepada manusia,tetapi apa yang aku dapat hanya kekecewaan dan kesedihan hati. Bukan semua la..jika berharap dengan tuhan,memang takkan rasa kecewa,terluka sehingga bisa menangis. Aduyai,ni awat bersastera sangat hang ni..

Betui la..sebab sekarang aku masih kecalaran hatinya..sedangkan abah selalu pesan,bergantung harap hanya pada tuhan. Tapi tula,nama pun manusia. Mesti ade ikatan dengan manusia jugak kan.

Apa pun kuatkan hati,tabahla menghadapi segalanya. Walaupun orang tak memahami aku, insya Allah selagi hayat dikandung badan aku cuba menyenangkan hati orang lain..

~ni citer orang kecewa kan..? Haha..

wee..masuk balik

Assalamualaikum dan selamat tengah hari..
Blog aku dah bersawang..lamenye tak masukkan entri-entri..
Syiuh..syiuh..kau labah-labah sawang..buat keturunan dalam blog aku ni pulak..

Haha..ini percubaan saja..satgi try tulis len pulak..

Thursday, January 19, 2012

agak-agak la wei..

Salam..
Selamat petang..

Huh,soghi la noh..ari ni aku panas sikit..hati aku hangit ja..pas terbakaq..tengok tajuk pun tau la noh.Aku x pueh hati..gara-gara seorang hamba Allah ni..yang tak reti berbudi bahasa.
Memang jenihnye gitu kot..pertanyaan dijawab ngan kekasaran.Agak-agak la wei..perasaan deme je deme kisah..abih yang tukang bertanya ni tade terpikior? Memang tade la kan..

Oii..awak bukan hidup sorang jer dalam dunia ni..cakap tu cakap la elok-elok.Dapatnye orang panas baran,saje dapat pelempang.Nasib baik aku boleh sabar..Kalo tak aku bagi jugak tapak sandal saiz 5 ni.

Em..kakak atun..dalam dunia ni bukan semua orang macam kakak..sedor ler..terime ler dengan hati terbuka..tade masalah pun bagi kakak..dia aje yang bermasalah..ok..?
Chill..!(^_^)

By the way,malam ni aku nak balik ganu doh..naik bas..kul 8..jage diri yer..semoga semuanya selamat..sekian..
Wasalam..

really mean this..


For a month..T_T

Sunday, January 8, 2012

best friends

Assalamualaikum..

Aii..banyak pulak entry aku pagi-pagi ni.Tiba-tiba idea mencurah-curah datang dalam otak.So,untu tidak membazirkan idea yang datang,haruslah ditumpahkan dalam bentuk karya penulisan.

Berkawan biar seribu,berkasih biar satu..tapi dalam beribu kawan mesti ada kawan yang baik..rapat ngan kita kan?Di sini ade ceritanya....

Di sekolah rendah
Masa sekolah rendah,ada sorang..namanya Natasha Atiqah bt Mat Amin.A doctor-to-be sekarang.Belajar kat cairo.Orangnya manis..pandai pulak tu.
Kami sama-sama compete dalam kelas..bertanding bukannya bermusuh.Kami tetap berkongsi rahsia..yang tak boleh tahan,minat orang yang sama.Ala..budak-budak..tau ape la sangat.Hahaha..

Di sekolah menengah
Fasa tingkatan 1-3
Masa ni kawan yang rapat dengan aku namanya Nor Hasmira Idayu bt Harun. Orangnya lasak..banyak mewakili sukan sekolah.Tapi perwatakannya nampak ayu je..padan dengan nama panggilannye ayu.Bermata bulat,mukanya kecik..
Ayu terror math.Masa form 2,aku mintak dia ajar buat angle..cikgu pun kagum dia boleh cari angle yang biasa-biasa orang tak boleh cari.

Fasa tingkatan 4-5
Dah pindah sekolah lain..jumpa Nurul Syahirah bt Mohamed@Omar.Si gadis ini kiut cam Heliza.Kalo kate adik beradik pun padan.Banyak mengajar aku subjek-subjek keras..seperti fizik,bio dan kimia.Selalu buat surat pendek-pendek.Cam kapel ade jugak..haha..tapi kami normal lagi.(^_^)

Di matrikulasi
Kat sini aku ada 3 best friends..mereka ialah Nurulhidayuh bt Wahid yang kecoh.Kalo dia senyap rase tak lengkap bilik tu,Siti Norshuhada bt Dollah ibarat seorang kakak yang pandai bergaya ,and Nor Syahida bt Shamsuddin,suara yang merdu dan lantang,tak yah guna mic..mereka ini rumate aku..bilik C1.1.3..KMNS..banyak suka duka dilalui bersama-sama..dengan karakter yang berbeza-beza membuatkan bilik tu ceria..sangat ceria.=)rasa macam satu keluarga yang bahagia..

Di universiti
Haa..kat sini dah tukar sikit..Muhammad Nur Khuzaimi b Mohd Ta'at namanye..orangnye tinggi dan berkaca mata..bertukar-tukar cerita dan idea.Belajar digit dengannya..daripada tak tahu basic digit,jadi tahu.Banyak belajar erti hidup jugak dengannya.Tade dia,rasa kosong hidup..

Di....mane lagi?
Tade dah..
Sekian..
wasalam..

facebook

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
kau hantar pesanan suruh aku terima kamu..oohh
hatiku rasa sesuatu.."

Assalamualaikum
Selamat pagi..salam ari ahad..
menulis mengenai fb ni,zaman sekarang semua orang dah ada fb.Cuma segelintir je tade.Fb boleh jadi macam-macam..saluran untuk berkomunikasi,berniaga,men game,dapat kawan baru,pemberitahuan,contest..macam-macam ada..

Dengan fb jugak ade orang dapat jodoh,ade yang putus jodoh,ada yang cari jodoh.
Dengan fb jugak rasa marah,gembira,suka,nasihat,mengata,mengumpat and so on diketengahkan...
Dengan fb jugak gambar-gambar dapat di download..untuk tatapan orang lain..
Dengan fb,nasihat-nasihat agama diberi..Alhamdulillah..
but
orang yang memberi nasihat itu haruslah mengikuti nasihat yang dia sampaikan..
bukan sekadar terlahir di hujung jari sahaja..buatnye idak..

Sekarang dah ade fb timeline..dapat tengok yang lepas-lepas punya komen,punya post..

Sebab fb aku rasa gembira,sedih,kecewa,sakit hati,nak senyum,nak ketawa guling-guling,merindui,rasa nak gigit jari,cemburu,dapat idea,mendatangkan rasa lapar,rasa nak lempang-lempang,bahagia,tenang dan lain-lain.

Sebab fb aku dapat contact dengan kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa..terpisah ketika sekolah rendah.Budak sekolah menengah dulu..ada yang aku tak kenal pon..daripada kelas lain.Huhu..

Sebab fb aku dapat kawan baru..kenalan baru..kawan kepada kawan aku..kakak kepada kawan..abang kepada kawan..nenek kepada kawan tak jumpa lagi.

Sebab fb aku dapat tengok aktiviti orang lain..haaa...

Sebab fb aku dapat tengok gambar orang tengah posing pakai baju pengantin..yang bertunang punya gambar pun ada..

Sebab fb aku dapat tengok video,kecuali yang daripada youtube..tak boleh bukak. Nanti dia cakap.."sorry,an error occured.Please try again later"..Banyakla hang.

Semua pasal fb..tak letih pun tengok bende alah tu..nak letih cam mane..just duduk,klik,scroll,tengok,gelak kalo lawak..sometimes buat kita lupa sejenak dengan alam nyata.

Sekian
wassalam.

Wednesday, January 4, 2012

pepagi ni..

Assalamualaikum..

Pepagi ni hati ambe rase tak senang..rase cam marahkan seseorang..kenapa begitu? Perlukah di marahi..kerana keputusannya..atau perkara sebelumnya.
Sedarlah wahai Hayatun Syamilah...itu adalah bisikan shaiton..yang boleh memporak-perandakan kehidupan manusia.

Think positive..mane yang rasa kurang senang di hati,take it as an advice.Beware of yourself after this.Jangan main lepas cakap je..

(tapi cam tak adil jer kalo sebelah pihak je yang mengalah..telan semuanya..hm..)