There was an error in this gadget

Sunday, July 22, 2012

Cobaan..

Assalamualaikum..
Hari ni aku ber'emo' sikit menulih nih.
Haih,marah beno teman.

Tadi aku pegi ler hantar adik-adik masuk asrama. Sebelum tu,singgah kejap kat satu kedai beli barang. Ramai jugak ler orang beli barang di situ. Beli untuk persiapan bukak puasa kut. Masa nak buat pembayaran ,tengah-tengah beratur tunggu turn,adela satu famili bawak troli parking belakang aku. Nak membayar jugak tu. Dalam troli tu ada barang-barang dan jugak anak laki umur lebih kurang 4 ke 5 tahun gitu la. Ok,tu aku tak kisah la. Pastu aku rasa ade bende menyondol kat belakang. Dalam hati ni bercakap la jugak,"mak cik ni tak sabar ke nak bayar sampai sondol-sondol aku ni..?"

Bila tengok belakang,mak cik tu tak de pun. Rupanya budak dalam troli sondol-sondol aku. Okey,budak kecik lagi. Boleh consider dia main-main.Aku beralih tempat sikit. Mak aii..makin menjadi-jadi gatal tangan budak ni.Pegang-pegang belakang aku pulak. Tunjuk muka gatal. Rasa nak cepuk je. Tiga empat kali berbuat begitu. Tak tahan jugak aku even he is still small but i think he has learn which parts of other human body are forbidden to touch unless he didn't learn. Mak cik oii..marah la sikit anak mak cik ni..saya ni perempuan..anak dara orang. Dalam hati jela cakap gitu. Last-last akibat sangat tak selesa dengan keadaan tu,aku jegilkan mata kat budak tu. Biarla famili dia nampak aku marah anaknye,asalkan hak aku tak terbuli.

Itula cubaan bulan puasa ni. Bulan puasa mengajar kita bersabar. Aku dah cuba bersabar,tapi kalo dah lebih-lebih..memang tak boleh sabar.Sekian sahajalah cerita aku. Kalo ada yang terasa mintak maaf yer..

Wasalam..

No comments:

Post a Comment