Sunday, July 29, 2012

Sebab-sebab kenapa budak-budak suka main dalam masjid.

Assalamualaikum dan salam Ahad.

     Hari ni dah 9 Ramadhan. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk berpuasa.Ada manusia yang tak dapat berpuasa kerana keuzuran.Budak-budak kecik pun biasanya tak puasa. Cakap pasal budak-budak kecik ni,biasa la aku tengok diorang main-main dalam masjid time mak ke..ayah dia sembahyang. Dia lari sana,lari sini,jerit macam kena rasuk pastu ketawa golek-golek.

    Bila aku pikir,pikir,pikir...macam-macam sebab timbul dalam kepala. Aku bukan la pengkaji habit budak-budak ni,cuma tafsiran suka hati otak aku jer.Antara sebab-sebab yang aku pikirkan munasabah:


  • Sebab kawasan dalam masjid tu luas.Saujana mata memandang.Ada karpet lagi.Boleh berlari setiap sudut 360 darjah asalkan tak langgar tiang.
  • Bergema.Gema suara dengan derap tapak kaki bila diorang lari-lari tu meningkatkan rasa excited diorang nak bermain-main.Dalam masjid kan sunyi,so suara diorang jela yang memonopoli melainkan ade ustaz bagi ceramah..
  • Sebab mak ayah diorang tengah solat.Tak boleh kejar diorang.Maka berlarilah mereka sesuka hati. Biasanya parents dah pesan awal-awal.Duduk diam-diam..jangan main jauh-jauh..


    Itula antara sebab yang aku pikir kenapa budak-budak kecik suka berlari dalam masjid. Hehe..

    Wallahualam.
    Sekian,Wasalam.

Friday, July 27, 2012

Ke bazar ramadhan(versi bahasa ganu)

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Lame doh wase dok menyampaikan citer versi bahasa tempat ambe ni.Orang kate lame jamang. Hor,doh tubik doh idea ni,mehla nok citer se ke sek-sek mung.Citer pasal bende? Bazar ramadhan.Kang bulan pose doh ni..mesti ar ade bazar ramadhan.

Kat kapung aku ni ade bazar tapi kechek ngat.Dok banyok ar pilihan.Nok hok ade banyak pilihan gi ar Kuala Berang. Situ banyok org jual. Macam-macam ade,dok cekak nok kabo. Nasik ade segala jenih nasik...nasik putih berlauk,nasik khabu(kerabu),nasik dagang..nasik lemok x napok agi,ade kut yer nusuk.
Kuih pulok,ghoyak nok bende tapi bukan semua jenih kat malaysia ni ade situ tapi nok ghoyak banyoknye kuih org jual.Air,sedak-sedak blake napok. Hor ar,dang pose sedak blake.

Petang-petang rama ar manusia mari. Kaya rakyat ganu ni. Meramaikan bazar. Polis pun ade wak rondaan. Napok ar lapu kete polis lih-lah-lih-lah,kaler biru. Orang pakak hati-hati blake ar..dok risau doh..dokleh wak parking ngate riti.Kekgi kene saman.Ye dok mung? Hehe,dok eh tapi ahu la kalu sungguh.

Bendape gi ade bazar?Em..x napok agi hok pelek..base-base jer belake.Adop orang jual kain ghaye ork? Kedda banyok doh.Beghende kene gantung.Cari je hok mane kenang.Letih la pulop citer banyok-banyok ni.Banyok ke eh? Dop pun..tapi takat ni jela nok citernye..

Selamat berpuasa.
Wasalam.

Thursday, July 26, 2012

Fatin's Fans

Assalamualaikum..selamat pagi..(^_^)
Salam ramadhan juga..!!

Aku dan adik-adik meminati seorang budak kecik ni. Namanya fatin,budak kecik yang pernah dijaga oleh umi. Sangat comel,keletah yang mencuit hati,fotogenik dan banyak cakap....

We miss u a lot sweetie..
Tak lama lagi fatin dah nak masuk tadika. (^_^)..
Mmmuah!! Love you..

Sekian,Wasalam.

Sunday, July 22, 2012

Cobaan..

Assalamualaikum..
Hari ni aku ber'emo' sikit menulih nih.
Haih,marah beno teman.

Tadi aku pegi ler hantar adik-adik masuk asrama. Sebelum tu,singgah kejap kat satu kedai beli barang. Ramai jugak ler orang beli barang di situ. Beli untuk persiapan bukak puasa kut. Masa nak buat pembayaran ,tengah-tengah beratur tunggu turn,adela satu famili bawak troli parking belakang aku. Nak membayar jugak tu. Dalam troli tu ada barang-barang dan jugak anak laki umur lebih kurang 4 ke 5 tahun gitu la. Ok,tu aku tak kisah la. Pastu aku rasa ade bende menyondol kat belakang. Dalam hati ni bercakap la jugak,"mak cik ni tak sabar ke nak bayar sampai sondol-sondol aku ni..?"

Bila tengok belakang,mak cik tu tak de pun. Rupanya budak dalam troli sondol-sondol aku. Okey,budak kecik lagi. Boleh consider dia main-main.Aku beralih tempat sikit. Mak aii..makin menjadi-jadi gatal tangan budak ni.Pegang-pegang belakang aku pulak. Tunjuk muka gatal. Rasa nak cepuk je. Tiga empat kali berbuat begitu. Tak tahan jugak aku even he is still small but i think he has learn which parts of other human body are forbidden to touch unless he didn't learn. Mak cik oii..marah la sikit anak mak cik ni..saya ni perempuan..anak dara orang. Dalam hati jela cakap gitu. Last-last akibat sangat tak selesa dengan keadaan tu,aku jegilkan mata kat budak tu. Biarla famili dia nampak aku marah anaknye,asalkan hak aku tak terbuli.

Itula cubaan bulan puasa ni. Bulan puasa mengajar kita bersabar. Aku dah cuba bersabar,tapi kalo dah lebih-lebih..memang tak boleh sabar.Sekian sahajalah cerita aku. Kalo ada yang terasa mintak maaf yer..

Wasalam..

Monday, July 16, 2012

Keputusan Peperiksaan Sudah KELUAR!!!

Tarikh:16/7/2012
Kejadian:Pelajar-pelajar UniMAP boleh start semak result exam masing-masing.

Assalamualaikum..
Berdasarkan kejadian di atas,aku yang juga salah seorang pelajar UniMAP telah check result menggunakan kemudahan portal. Mula-mula aku tak expect langsung hari ni keluar result.Jiwa tengah aman damai tiba-tiba bergelora bila tau ari ni keluar resultnye..Ele..cam tak biasa dapat result.Tiap-tiap semester dapat result takkan kecut perut lagi..Halo! Setiap kali dapat result mesti berdebar punyelah.Kompom tak yah nafikan. Result ape pun,semua mendebarkan.Kuikui..

Selepas melalui beberapa prosedur keselamatan untuk log masuk ke dalam portal,maka misi mencari kebenaran bermula. Internet yang agak-agak kemalasan membuat aku makin cuak. Cepat ler..nak tengok result ni..kemudian,apa yang dinantikan muncul.Eh,belum lagi..kena pilih nak tengok ape..klik pada current semester result(ye ke? Lebih kurangla..),jeng,jeng,jeng terpampang.

Betul ke ni? Aku tak silap tengok? Nama aku,nombor matrik pun aku punya,ic pun aku punya jugak. Aku rasa macam tak boleh buat masa exam baru ni.Woa..rasa macam tak percaya.Lama-lama tilik baru percaya.Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki yang baik kepada hambaMu ini. Tak disangka pointer meningkat sama ada PNG ataupun PNGK. Alhamdulillah,sangat bersyukur..

Mungkin inilah hikmah disebalik kepadatan jadual peperiksaan baru-baru ini. Membuatkan students tak lagha(tak main-main),pulun abih..Berdasarkan fb,ramai jugak classmates aku yang mendapat kenaikan pointer. Semoga keputusan peperiksaan ini dapat membakaq semangat untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi;semangat budak-budak Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan sesi 2010/11.(^_^). Insya-Allah. Amin Ya Rabb..

Tahniah rakan-rakan.=)

Sekian,Wasalam..

Sunday, July 15, 2012

Menangis sebab tu jer..?

Assalamualaikum..
Selamat petang..

Hahahaha..bagi aku gelak dulu..hahaha..kalo ade orang baca cerita ni mesti pikir apela atun ni. Sikit punya hal pun nak nanges..be matured la weh..!! Hahaha..

(Amende citernye tun?)

Gini citernye..beberapa hari lalu aku berpuasa. Dalam hati ni niatnye nak minum air best..sejuk masa bukak puasa nanti. Alang-alang hari tu aku pegi jalan-jalan,dicari la air best tu. Maka terbeli lah air Ribena Cranberry+Blackcurrent. Siap simpan dalam peti ais tempat beku tuh nak bagi sejuk dia kaw-kaw.

Masa berbuka pun tiba..dengan makanan yang ala-ala kadar bersama air Ribena tadi. Minum air masak dulu pastu minum Ribena seteguk..lepas makan nanti minum balik. Tengah-tengah makan,adik aku mintak air Ribena aku sikit. Camne entah,tersilap teknik pegang cawan tu,maka tertumpah la air itu.Habis!

Dengan tidak ditahan-tahan,aku terus menangis kekecewaan.T_T..yela,air yang diidam-idamkan dah habis secara tiba-tiba. Adik aku dah cuak tengok aku menangis. Macam-macam air lain dia offer tapi aku tak nak. Tetap dengan kekecewaan. (Bila ingat balik,hahahahahahaha..ketawakan diri sendiri)

Lepas ummi pujuk,baru aku natural balik. Teringat pesan abah,apa yang kita dapat tu semuanya rezeki daripada Allah. So,itu bermakna air ribena itu bukan rezeki aku pada hari itu. Tidak mengapalah. Sebagai gantinya,jus oren+anggur hijau di'blend' sendiri menjadi pembasah tekak. Sedap gop..hehehe..

Hahaha..sengal atun..hehehe..Sekian sahaja cerita maghrib hari..
Wasalam..

Thursday, July 5, 2012

Alhamdulillah,thank you Allah..

Assalamualaikum..dan selamat petang.
Ape ni,tajuk english,ceritanya melayu?
Hehe..sebab rasa tajuk tu paling sesuai.

Hari ini aku gi ambik test jalan raya. Test untuk mendapatkan lesen P. Masuk kali ni dah kali ketiga aku ambik test jalan raya. Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga,aku lulus dan markah yang tak mengecewakan.

Pada awalnya, aku rasa sangat-sangat gementar sampai menangis-nangis.Hoho..nak ambik test pun menangis. Yela..dua kali failed kat lampu isyarat buat aku semacam trauma dengan benda alah 3 kaler tu(bila ada pegawai jpj kat sebelah la). Tapi alhamdulillah,berkat doa umi,abah dan adik beradik lain dan juga kesungguhan kita nak benda tu..mintak dengan tuhan sesungguh-sungguh hati,,hasilnya memang sangat mengembirakan.


Sekarang,aku dah ada lesen P. Moga-moga dengan adanya "certificate" ni,kehidupan aku menjadi lebih baik. Insya Allah..(^_^)
Sekian.Wasalam.