Tuesday, June 29, 2010

Anok ganu

Assalamualaikum..
dok jawab dose..

Hohoho,,,lame doh dok tulih blog.Aik,bakpe pelek ngat bahasa aku ni??
Aaa...ni la nok kabor ke deme-deme hok baca ni,hok ni spesel siket.Ikut bahasa aku ajen gune sehari-hari dumoh.Kalu dok paham wak wak paham lah.

Jadi aku nok nulih la sebuoh citer hok memang aku reka wak suke-suke..Adapung citer ini bermula di sebuoh rumah papang di ujung kapung.
Dalam rumoh tu tingga la seorang tok dengang cucu dier..Cucu dier name abdul tapi orang base panggil ye bedul saje.Tok dier pulok name abu.Dok tau gane orang boleh panggil dier tok bakor.
Bedul ni suke sangak wat kacar kat kapung tu.Wak lolok jadi atu bukuh la,naik mutosikal tunggang tunggek kacar anok dare oghang,pekong batu atah atap rumoh oghang.Sape dok naik angin kalu kena gitu.

Nok dijadikan citer,bedul ni jatuh golek dari mutor dier mase tengoh wheely..tok bakor napok.Derah-derah ye gi kat cucu dier.

Bedul:Tok ki ehh...sakit kaki bedul jatuh mutor.Tengok or,meroh nyale daroh tubik.

Tok bakar tengok semeta kat tempat daroh or.

Tok bakar:Ambik toh,padang muke.Aku wi mutor bukang nok suroh mu lumbe harang.
Hok mu duk tebeng preh mutor tu kuak-kuak piyer suroh?Ade tok suroh?

Bedul:Tadok...

Tok bakar:Pah,mu balik sediri ar.Tok tak boh tulong doh.

Bedul pung kena tinggal sorang-sorang kat tepak ye jatuh sakni.
Sekian.

Gitu jela citer ye...nok kenalkan bahasa teganu je.Banyok agi hok dok wak tubik tadi.
Kekgi mula-mula ar citer smula.

Tuesday, June 8, 2010

Story again??

Assalamualaikum...
Che Ton balik daripada pasar sejam tadi...:D

Erk,Alhamdulillah! Gendang gendut kari berapi,terisi perut suka hati.Aku baru lepas makan asam pedas masakan mak aku.Best....sedap hingga menggigit sudu sebab hirup kuah guna sudu.
Hari ni aku nak cerita lagi..Cerita ni aku ambik daripada ayah aku sendiri.

Cerita 1:
Seorang pemandu lori sedang membawa lori membelah arus malam di atas sebuah lebuh raya.
Kenderaan laju memotong lorinya tetapi dia tidak mengendahkannya.Matanya sudah terasa berat seperti ada sesuatu yang bergayutan.Dia mengambil keputusan untuk tidur sebentar di surau R&R yang berhampiran.

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.Tak ramai orang yang berehat di situ.Lalu si pemandu lori tadi landing di tengah-tengah surau lelaki.Lega rasanya dapat merehatkan diri dengan tiupan kipas siling tepat di atasnya.Perasaannya dibuai-buai sehingga dia tertidur.

Jam 6 pagi,ramai pengguna lebuh raya tersebut berhenti untuk menunaikan solat subuh di surau tadi.Salah seorang pengguna yang ingin cepat sampai ke destinasi turun ke surau itu.
Dia mengambil wudhuk dan naik ke tempat sembahyang.Dilihatnya ruang sembahyang sudah penuh di hadapan tetapi tiada orang sembahyang di bahagian belakang kerana seorang lelaki sedang tidur terlentang.

"Alamak,macam mana ni!Aku nak cepat.Bini aku dah nak bernak kat kampung tu.Orang pulak penuh,"orang tadi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Setelah berfikir 2 saat,dia mengambil keputusan untuk sembahyang di belakang orang yang tidur tadi.

"Tak pelah,semayang kejap je.."orang tadi menyedapkan hati.Dia pun mengangkat takbir.

Sementara itu pemandu lori yang tertidur tadi terjaga dan melihat ada orang sedang menyembahyangkannya.Diraba-raba muka dan badannya.

"Haih,aku dah mati ke???Aku dah mati?"pemandu tadi bermonolog dengan gelabahnya.
Dia masih belum berhenti meraba-raba dirinya dan menampar pipi sendiri.Orang yang ingin cepat tadi terbatal sembahyangnya apabila melihat "jenazah" tadi bangun dengan muka yang cemas. Dia ketawa terbahak-bahak sehingga keluar air mata manakala pemandu lori yang menjadi "jenazah" tadi terpinga-pinga.

Cerita 2:
Nenek di sebelah pihak ayahku ku panggil mak tok tetapi sekarang mak tok sudah meninggal dunia.Semasa hayatnya kulihat rambutnya panjang dan putih.Ada sikit-sikit jer warna hitam.
Mak tok meninggal semasa aku dalam tahun 2.

Tak lama kemudian ayahku membina sebuah kolam tiruan untuk diletakkan di sekolah tempat ayahku mengajar dengan menggunakan fiber glass.Lebihan fiber glass tadi dibakar di belakang rumahku.Mak ku pulak seorang yang rajin bercucuk tanam.Maka pada suatu hari mak ku mencangkul bekas tapak pembakaran fiber glass tadi.Kebetulan,adik kedua bongsuku sedang asyik melihat mak ku mencangkul. Tiba-tiba mak ku mencangkul fiber glass yang masih belum terbakar sepenuhnya yang kelihatan seperti rambut orang tua.Adikku tadi menjerit,

"Umi,kenapa umi cangkul rambut mak tok tu."

Mak ku terus berhenti mencangkul kerana menahan tawa.

Monday, June 7, 2010

sakit hati...

Assalamualaikum..
Che ton back..(moody sket)

Huhuhu...tak sewonokla cuti sekolah cenggini...Aku sekolah ke??
Bila adik-adik balik best tapi tak best gak bila diorang malas nak buat keje. Hailoh..susah hati mak ngan ayah tengok. Anak dara tak nampak macam anak dara. Buat sedih jerk.
Dah...malasla nak citer pasal tu. Tak pasal-pasal laptop ni kena baling free-free kat dinding.

Hari ni nak citer ape erk?Ha...ada dua citer.Ari tu aku dengar aura senyum pagi kat Ganu FM. Ade lar citer lawak yang aku dah ingat-ingat lupa.

Cerita 1:
Al-kisahnya,seorang wak jawa mengajar cucu perempuannya tentang solat.

Wak:Aa...cucuku,rukun Iman ada berapa?
Cucu:Ada 6 tok.
Wak:Aa..pandei kamu..rukun Islam pulak?
Cucu:Ada 5 tok.
Wak:Waduh-waduh,bagus bener kamu ni.Kamu sudah solat?
Cucu:Sudah tok.Awal-awal lagi saya sudah solat.
Wak:Aa..begitula cucu kakek.Aa..mula-mula kita solat apa?
Cucu:Subuh.
Wak:Selepas subuh?
Cucu:Zohor.
Wak:Aa..pandei.Lepas Johol?
Cucu:Singapore tok.
Wak:??????

Hehehehe...itulah cerita wak yang pelat tak boleh sebut zohor. Jadinya johol. Jangan mare ye,,
gurau-gurau sajer..

Cerita 2:
Seorang lelaki bekerja di tingkat 10 di menara KLCC.Sedang dia leka membuat kerja,tiba-tiba...

Suara:Osman!Osman! Tadi bini kau call. Dia kata emergency.

Suara tadi begitu mencemaskan.Maka lelaki tadi terus jadi kalut dan tanpa sempat berfikir panjang,dia melompat keluar daripada tingkap. Semasa sampai di tingkat 6,dia teringat,

"Eh,aku mana ada telefon!"

Ketika mencecah tingkat 3 pula,dia terfikir,

"Eh,aku mana ada bini!"

Dan ketika tubuhnya hampir mencecah tanah,dia terus tersedar,

"Eh,nama aku bukan Osman!"

Hohoho...laju sangat tu bang. Sebut je pasal bini,jalan tak pijak tanah.
So,fikir dulu sebelum buat.

Thursday, June 3, 2010

membebel...

Assalamualaikum..
Hai,,,che ton's here..

Aku ade citer nak share ngan korang.Aaa...tapi sebelum tu ingin hamba menyampaikan hasrat di hati.Bulan ni aku nak tulih citer jer..hope u'll enjoy them.

Cerita ini tidak mengandungi unsur-unsur ganas dan sesuai untuk bacaan umum.


"Mak,along lapar..Kita tak makan lagi ni mak.Angah dengan acik dah bergolek-golek tahan lapar,"aku mengadu kepada mak ku yang jauh termenung melihat gelagat manusia di hadapan kami.Mak menoleh seketika ke arahku dan berpaling ke hadapan semula.
"Mak tak ada duit,nak.Macam mana nak beli makanan.."mak mengeluh.Jelas kelihatan wajah susah hati mak.
"Mak,kita tak boleh ke mintak tolong jabatan kebajikan masyarakat?"aku menyoal lagi.
"Kita ni mana layak,"mak menjawab sayu.
"Mak,nape ayah tinggalkan kita?"mulutku masih belum berhenti menyoal.
"Biarlah along,memang nasib mak macam ni.Dah ditakdirkan,"tenang suara mak menjawab.

Guruh berdentum menandakan hari nak hujan.Kilat sabung-menyabung di muka langit.
Aku,angah dan acik duduk berhimpit-himpit dalam kawasan yang sempit ni.Kami menggeletar ketakutan.Mak semakin gelisah.

"Along,angah,acik....meh ikut mak pergi sana,"mak menjuihkan mulut ke arah sebuah rumah besar yang tidak jauh daripada tempat kami duduk sekarang.
Mak memulakan langkah,diikuti olehku,angah dan acik.

"Mak,rumah ni besar.Pintu pagar pun automatik,"ujar acik apabila melihat pintu pagar rumah besar tersebut terbuka dengan sendiri apabila kami menghampirinya.
"Ikut mak.Jangan berpecah.Biasanya rumah besar macam ni ada anjing,"mak memberi amaran kepada kami.Mudah saje kami menyusup masuk.Mak mula menyusup masuk ke pintu dapur yang sedikit terbuka diikiuti oleh anak-anaknya.Hujan mula turun mencurah-curah.
"Mak,ada makanan!"angah menjerit lantas menjamah seketul drumstick yang di letakkan di atas meja makan.Tahap kelaparannya memang tak boleh disangkal lagi.Terlalu lapar..
"Angah!!"mak menjerit tetapi semuanya terlambat.
"Gotcha!!"satu suara garau menepis gegendang telinga ku.Dalam sekelip mata sahaja leher angah dicekak oleh tuan punya suara garau tadi.Angah meronta-ronta minta dilepaskan.
"Oooo..mencuri yerk! Kamu semua ni tak tahu malu ke curik makanan orang? Dahlah busuk,comot,bau macam kucing,ada hati pulak nak makan makanan aku?"tengking suara itu.

Acik menarik aku dan ibu untuk melarikan diri melalui pintu yang kami masuk tadi.Tetapi ternyata orang itu lebih pantas.
"Nak lari ke mana hah?Pencuri..??"orang itu menggertak kami selepas menendang pintu dapur yang terbuka tadi.Kini giliran mak pula yang menarik acik dan aku melarikan diri ke tempat lebih selamat.Tapi di mana?
Aku lihat angah masih lagi dicekak oleh orang itu.Tiba-tiba...

"Boy,apa yang bising-bising tu?"seorang perempuan muncul di dapur.
"Ni haa..ada pencuri.Apa kita nak buat dengan diorang ni mama?"orang yang bersuara kasar itu mengadu.
Perempuan tadi mengalih pandang melihat kami yang ketakutan.Dibelek-belek muka mak. Dipusing kiri dan kanan.
"Boy,diorang lapar ni.Bagilah makan.Tak baik tau buat macam tadi tu.Lepaskan yang kat tangan boy tu.Nanti mama buatkan susu panas untuk diorang ni,"perempuan tadi bersuara lembut.
Angah dilepaskan.Kami meluru mendapatkan angah.
"Kamu tak apa-apa?"tanya mak.Angah menggeleng.
Acik memukul badan along."Main terkam je.Nasib baik orang tu baik.Kalau tak mati kita tau,"
acik melepaskan geram yang terbuku di hati.Aku hanya memandang gelagat adik-adikku.
Syukur,semuanya selamat.

5 minit kemudian kami berguling kekenyangan.Yelah,perut ni dah disumbat-sumbat dengan susu panas dan makanan lain yang lazat-lazat.Terharu aku melihat layanan tuan rumah yang bersungguh-sungguh melayan kami.Kami diberi bilik untuk berehat dan membersihkan diri.
"Comel la pulak korang bila dah bersih macam ni,"ujar perempuan tadi selepas kami membersihkan diri.
"Boy,mama nak kamu pelihara kucing-kucing ni macam adik kamu sendiri ok?"perempuan tadi memberi arahan kepada budak bersuara garau tadi.
Yea..mak,aku,angah dan acik akan tinggal di sini dan punya seorang tuan!!

Moral of the story is,jangan mengkhianati binatang.Mereka pun nak hidup macam kita jugak.
"

Wednesday, June 2, 2010

Assalamualaikum..
Che ton outside da house..

Uuuiii...pagi ni rasa amat lapang.Bayi tak datang.So,I think better if I continue my subject,"jati diri".

Sebelom ni,aku ada citer sal penerimaan rakan sebaya dan ada kaitannya dengan jati diri kan?
La ni,aku nak stoli moli la sikit tentang jati diri berdasarkan pemahaman aku.
Mengikut kamus dewan besar masjid kampung xxxxx,jati diri ni pegangan terhadap diri sendiri.
Bukan pegang tangan sendiri.Jati diri ni macam mana pendirian kita terhadap sesuatu,tetap ke tak tetap.

Zaman sekarang ni,kebanyakkan remaja dah kureng jati diri.Naik motor laju dalam berkumpulan sambil buat aksi akrobatik,gimnastik artistik,senamrobik...uish..dahsyat.
Ada yang ikut pakwe naik motor "jalan-jalan".Ada yang pakai tudung tapi pakai baju tahap bayi,seluar ala-ala zaman pop yeh-yeh tapi tak kembang bawah(ikut trend katakan).
Maybe,masalah ni berkaitan dengan jati diri budak tu sendiri.

Jati diri ni boleh dibentuk.Tapi kena bentuk awal-awal la..Salah satu cara nak bentuk jati diri ni ialah percaya kepada Tuhan.For muslim,percaya kepada Allah S.W.T.Macam mana plak tu ye?
Percaya kepada tuhan ada dalam rukun negara dan rukun iman.Dengan percayanya kita kepada tuhan,kita akan dapat membimbing diri kita ke arah yang benar kerana merasakan tuhan memerhatikan kita,memberi jalan kepada kita dan kita akan takut untuk membuat dosa.
Well,aku pun berusaha mempertingkatkan diri aku sendiri dalam hal ni.

Hm..tak boleh nak tulis panjang-panjang. chow dulu,ada misi yang perlu dilaksanakan.