Thursday, August 25, 2011

♫ When I was a kid ♫

Assalamualaikum dan selamat pagi.(^_^)
Pagi yang cerah.Cuaca yang sesuai untuk santai-santai.hehe..Aku dengar budak kecik bercakap dalam bahasa yang dia sorang je paham.Afrina Fatini,budak kecik yang banyak cakap.Masa aku besar-besar macam tu,aku banyak cakap tak eh?

Berdasarkan keterangan saksi,aku masa kecik takut dengan orang lain.Tak mo lepas daripada ummi.Bukan aku jer.Semua adik beradik aku macam tu.Ummi citer,masa aku kecik aku la yang paling banyak barang perhiasan orang kate aksesori rambut.Mungkin sebab tu sekarang aku suka aksesori-aksesori yang comel-comel.

Masa aku kecik,aku montel.Pipi tembam..badan bulat.Pastu rambut tempurung.Hahaha..tapi sekarang tak taula nape kemontelan tu dah beransur-ansur hilang.Orang selalu tanye"bila Atun nak besar ni?"..kurus sangat ni..hahaha..


Wednesday, August 24, 2011

Menjelang Hari Raya 2011

Assalamualaikum w.b.t...
Sedar tak sedar lagi seminggu kita akan berayer.Sekejap je rasa puasa ni.Puasa kat rumah pulak tu.Dah lama tak puasa sebulan kat rumah.Alhamdulillah tahun ni tuhan bagi kesempatan nak berpuasa kat rumah.=)

Dalam masa beberapa hari lagi nak beraya ni,famili aku dah buat persiapan tapi tak la meriah sangat.Baju raye ummi aku dah jahit untuk aku ngan adik-adik aku.Kuih raya bakal dibuat dalam tempoh terdekat bila kakitangan ramai.Hmm,ade tikar baru..wahahaha..kawasan sekitar rumah pun dah dihujani bunyi-bunyi yang selow sikit daripada revolver iaitu mercun.Anak-anak jiran aku dah tak sabar nak sambut raye.

Tahun ni aku buat kelainan sikit.Beli tudung pastu jahitkan labuci ke atasnya.Cantik tak cantik belakang kira.Hehe..jenuh jugak nak jahit sebijik-sebijik labuci atas tudung tapi dah sebab minat yang baru timbul ni,aku siapkan jugak jahitan tu.Not bad walapun baru first time cuba.^^

Kalo raye sebelum-sebelum ni,aku mesti beli kasut raye baru.Tahun ni tak..Aku nak guna ape yang ade je.Tak elok membazirkan..?Selagi boleh guna,kita gunakan.Nak pakai pun sehari dua je kot.Pastu simpan balik dalam rak.Kesian,tak digunakan.

Plan raye tahun ni,tak ade kelainan daripada tahun sebelum-sebelum ni.Hari raye pertama mesti balik kampung,raye kedua,sedara mare datang rumah.Raye ketiga ada saudara kawin so pegi kendurinye.Cume yang lain sikit tahun ni,raye keempat aku dah balik UniMAP.Awal?? Agakla..tapi ade keje perlu diselesaikan.

Harapan sempena hari raye..cey,dah macam kena interview..harapan yang tak kesampaian,tak dapat lesen P untuk hari raye.Kandas dalam ujian jalan raya JPJ.Hehehe..Lagi..em..harapan aku dapat jumpa nasik dagang sebab lame dah tak makan nasik itu.Harapan nak kumpul duit raye tu macam tipis sangat.Em..seterusnya dapat beraya dalam keadaan yang selesa,aman,sentosa dan selamat.Insya-Allah.

Aish,makin panjang aku tulis ni.Nanti bende lain keluar kang.Ok lah,takat ni je pasal raya. Ada masa,citer lagi.S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A..........(^_^)

Wasalam.

Monday, August 22, 2011

Vocabulary bahasa ganu

Assalamualaikum..^^
Time ni mari kite pakat belajo bahasa ganu.Ari ni aku nok bawok sek-sek mu belajo pasal perkataan hok bawok maksud sangat contohnye meroh merang:sangat merah.Selamat belajo..(^_^)

1.Itang legik:sangat hitam
2:Putih sepuk:sangat putih
3:Busuk kohong:sangat busuk
4.Kerah kekong:sangat keras
5.Aluh siak:sangat kecik
6.Berat nanang:sangat berat
7.Bulat gete:sangat bulat
8.Gemuk metok:sangat gemuk
9.Bekok cobong:bengkak yang jelas
10.Ringan lepung:sangat ringan
11.Nangih/suke selok:nangis/ketawa sangat-sangat
12.Panah ketik:sangat panas
13:Pendek ketok:sangat pendek
14.Kuning nyela:sangat kuning
15.Sejuk ketor:sangat sejuk.

Ni baru sikit..ade lagi berlambok-lambok tapi aku jadi blur nak tulis sebab banyak sangat.Perlu diingatkan bahawa kalu nok guna perkataan-perkataan ni..ye kene ikut tempat jugok.Dok leh bahang rambang skali..kekgi jadi saloh.Ingin lagi memahami?? Melanconglah ke negeri Terengganu Darul Iman.Cuti-Cuti Malaysia...

Apabila Mr Krabs digulai

Assalamualaikum dan selamat pagi..=)
Baru-baru ni ummi aku masak gulai untuk buka puasa dan gulai itu mengandungi ketam.Ada yang besar,yang sederhana ngan yang kecik.Aku jadi excited bila nampak ketam sebab dah lama tak nampak krustasian tu.Seronok dapat siang ketam tu..tak susah mane pun..Tengah-tengah menyiang ketam tu aku teringat Mr Krabs.Macam mane kalo Mr Krabs tu digulai.Kut mase nak buang cengkerang dia,Mr Krabs menjerit mintak tolong,offer kita duit tak pun tajaan kraby patty selama setahun supaya kita tak bunuh dia..hahaha..bayangan semata-mata.

Awat hangpa semua terkejut ??

Jangan tak caya tau Mr Krabs korang boleh dibuat gulai. Secara tak langsung it's not impossible kalo spongebob or patrick or squidward jadi gulai.Eh,squidward tak best jadi gulai..masak merah lagi sedap..hahaha..

Jumpa lagi kalian semua dalam lain waktu dulu yer..pegi dulu..Salam(^_^)





Monday, August 8, 2011

Missed my brother..(''.)

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.Pepagi ni aku teringat kat abang aku yang berada jauh nun di negara matahari terbit.My handsome elder brother.Lama tak jumpa abang aku.Sob...sob...sob..

Bulan puasa ni lagi menambah ingatan aku kat abang aku sebab dah nak dekat raya kan.Base-base time raya ahli keluarga berkumpul.Tahun ni family aku tak cukup sorang sebab abang aku tak dapat balik raya.

Bila kenang balik zaman dolu-dolu,aku sengeh sendiri.Abang aku memang baik.Masa aku darjah satu,abang selalu bonceng aku gi sekolah naik basikal kaler merah.Kadang-kadang abang aku suruh aku bonceng dia.Uih,berat bukan main.Hahaha..bila dah naik darjah dua,dah ade basikal masing-masing.

Pastu dulu mase kecik-kecik,aku ngan abang aku suka tengok tv same-same..sambil baring. Satu hari tu aku tak sedar yang aku dah transfer kutu kat kepala abang aku.Bukan setakat kepala je yang kena,kening pun kena jugak sebab kening dia lebat.Hahaha..riuh abang aku dapat kutu.

Lepas PMR aku dapat hadiah teddy bear,abang aku bagi.Aku happy sangat dapat teddy bear tu sebab aku memang dah lama nak teddy bear.Sebenarnya,banyak benda abang aku bagi kat aku tapi sebab dah banyak sangat,tak ingat dah barang-barang tu ape..aku selalu dapat sebab aku adik dia yang first..so lucky.

Aku dulu suka picit jerawat abang aku sambil bergosip.Best or bila dapat bermanja gitu.Sekarang,nak manja-manja ngan abang aku dah tak berapa nak boleh.Boleh gurau-gurau dalam telepon je..skali-skale abang call skype aku..then,he likes to give me advices.Ok la gitu.Tak la rasa jauh sangat.

Abang weh,kekgi balik Malaysia jangan lupe bawok buah tangan etek kat aku..hihihi..
Sekian,wassalam.

Sunday, August 7, 2011

Tak dela menakutkan sangat..

This summary is not available. Please click here to view the post.

Happy Birthday to me..(^_^)

Assalamualaikum w.b.t..
Hallo..=)
Bile bagi tajuk camtu ingat kat Usop yang berlakon dalam hantu kak limah.."Happy birthday to me...happy birthday to me..uuuu..kek bluberry kegemaran Usop..."hahahaha..tak boleh bla..dengan tangan dia..

Sekarang aku bukan nak citer pasal Usop ataupun kak limah.Back to me..aku dah 20 sekarang.Rasa macam tak caye ade gop.D-U-A P-U-L-U-H tahun..dah tade dah nombor 1 kat depan umor aku melainkan 80 tahun lagi.Itupun kalo dipanjangkan umor..Alhamdulillah,bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana memanjangkan umurku hingga sekarang.=)

Dulu aku rasa jadi wanita berumur 20 ni tua.Tapi sekarang aku tak rasa gitu pun..koya muda la ni.Hehehe..Bila umor dah meningkat tanggungjawab pun makin besar.Tanggungjawab sebagai hamba Allah,tanggungjawab terhadap ummi ngan abah,adik beradik dan lain-lain..paling utama tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Sempena umor aku 20 ni,aku ada buat azam yang insya-Allah aku tunaikan seperti:
1)Jadi matured sket.
2)Boleh bawak kete.
3)Mencuba sesuatu yang tak pernah cuba (kearah kebaikan)

Azam banyak-banyak pun tak boleh jugak..nanti tak kesampaian. Semoga dengan tercapainya umor aku 20 ni,aku menjadi manusia yang lebih baik.Amin.

Sekian sahaja daripada sweet 20 gurl..hihihi..salam..