Sunday, September 26, 2010

bila aku rasa sunyi..

Assalamualaikum..
hello..
Aku rasa sunyi..=<

Kenapa rasa sunyi? No television,no laughing,no food,no PS2 sound,no meuwi and meuwi junior,no cangkul n bunga,no bicycle and etc.
Ohh..rasa sunyi sebab tak tengok spongebob ngan phineas and ferb. Rasa sunyi bila tak tengok adik-adik ketawa,buat lawak cekadak.Rasa sunyi bila tak makan singgang,kerabu kacang botol umi buat.Rasa sunyi bila tak dengar bunyi PS2 yang selalu beroperasi kat rumah.Rasa sunyi bila tak dapat bagi makan meuwi ngan anaknya,meuwui junior.Nak tengok diorang bergolek-golek 2 beranak.Rasa sunyi sebab tak dapat main tanah.Cangkul-cangkul buat batas..belek-belek bunga.
Rasa sunyi bila tak kayuh basikal round-round padang.Senang kata aku rindu rumah aku.

Tapi ni la yang dikatakan cabaran hidup.Nak berjaya bukan senang.Nak berjaya bukan setakat duk rumah saje-saje.Nak berjaya kita mesti melalui kesusahan dulu.Berjauhan ngan umi ngan abah banyak mengajar erti kehidupan.

Ape-ape pun...yang penting hidup kita tak sunyi daripada rahmat dan kasih sayang Yang Maha Esa.That's the most important.Ok..aku nak gi sambung wat math balik.

Wednesday, September 22, 2010

raya datang lagi..

Assalamualaikum..
Che ton datang..
Lame nye tak tengok blog ni..ape kabar blog?

Sempena bulan syawal yang masih berbaki beberapa hari lagi ni...aku nak share la sedikit sebanyak cerita bila syawal datang lagi.Masa aku kecik2 dulu..time bulan pose,sibuk la duk kira hari nak raye.Tak sabar nak pakai baju baru,kasut baru..berkilat-kilat lagi,kumpul duit raya banyak-banyak..mase kecik2 kan comel..hihihihi =D

Time tu jugak umi akan ajak aku adik beradik buat kuih raya.Dulu mase kakitangan kat rumah ramai dan masih lagi nakal,umi banayk buat kuih.Tapi skarang bila dah kurang kakitangan kat rumah dan masing-masing dah besar,dah tak buat kuih dah..men tunjuk2 je kat pasar. Nak ni singgit,tu singgit..
Mase tolong umi buat kuih,aku mesti ambik sikit tepung yang dah kena uli.Nak try buat eksperimen tindak balas tepung tu ngan cuka la..milo la..kicap..campur semua skali. Last-last cecair basuh pinggan masuk sekali. Hampeh..wat membazir je..
Kalau ramai-ramai buat..ade adik2,ada abang,kami ambik sikit tepung buat cam plastisin. buat bentuk cacing,hati,kereta,bola dan macam-macam lagi lah.
Uli tepung banyak,tapi yang jadi kuihnye sikit je.Hihihihi...best bila ingat masa tu.

Bila nak raya ni,ade satu perangai aku yang tak berubah dari kecik sampai besar.Aku suka try kasut raya banyak kali sebelum dipakai di luar rumah mase hari raya first. Kalau yang ada heel lagi la banyak kali aku try..pakai dalam rumah..jalan ala-ala model..hihihihi..

Urm..ape lg ek..banyak aku nak citer sebenarnye..tapi kesuntukan masa..x sempat nak tulis panjang2...len hari cheq tulis lagi naa..cheq nak pi dulu..jumpa lagi..
salam.