Thursday, May 31, 2012

Kasihan kereta kecil itu

Assalamualaikum  selamat pagi..
Entri aku hari ini berkaitan dengan satu kemalangan yang berlaku di simpang nak masuk ke PPK Pembuatan(jalan belakang). Sebuah vios telah mengalami kecederaan parah dan pemandunya mengalami kecederaan di tangan. Serun jugakla tengok keparahan vios tu. Nasib baik kete tu sangkut kat penutup longkang yang lebar tu..kalo tak,jatuh menjunam ke bawah bukit yang agak-agak tinggi. Huhu..
Selain itu,sebuah kereta kancil juga menjadi mangsa. Remuk di bahagian hadapan kiri kerana dilanggar daripada sebelah kiri. Kedua-dua buah kenderaan itu dimiliki oleh pelajar. Pada keesokan harinya,aku tengok kat tempat kejadian lagi. Kawasan di mana vios itu tersadai semalam telah clear. Nampak cam tade ape dah yang tinggal tetapi kasihan sekali pada kereta kancil. Masih belum dialihkan daripada posisi semalam atau dibawa ke bengkel. Menurut kata seorang rakanku,kereta kecil itu tidak mampu bergerak kerana tayarnya sudah bengkok. Berapakah impak yang diterima oleh kancil itu? Aku pun tak tahu.

sekian. Wassalam.

Tuesday, May 22, 2012

Pakai gelang kaki boleh tak?

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam hari Selasa.
Pada pagi yang damai aku berpikir sejenak. Macam tajuk persoalan kat atas tu. Boleh ke idak pompuan pakai gelang kaki.

Aku ada gelang kaki.Tapi loceng yang tersangkut kat gelang tu aku dah buang. Semalam,ada kawan aku tegur. Dia cakap tak baik pakai gelang kaki. Aku heran la jugak kenapa tak boleh pakai gelang kaki sedangkan gelang tu tade loceng. Setakat yang aku tahu,gelang yang ada loceng tu haram sebab boleh menarik perhatian lelaki bukan mahram.

Aku rasa jugak nak tau betul ke haram. Jadi aku bertanya la pada pak cik google. Lepas cari punya cari,aku jumpa satu blog. Blog Ustaz Nor Amin. Adela orang yang mempunyai persoalan macam aku. Jawab ustaz itu,

"wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng" (Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua.

Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami.

Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stoken atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa."
 
 Sekarang aku dah nampak jawapannye..adalah menjadi haram apabila gelang tu menarik perhatian lelaki yang bukan mahram walaupun berloceng atau tidak. Yang loceng tu memang sah-sah la haram. Yang tak berloceng ni,kalo orang tak nampak tape..sembunyikan dalam stoken. 
 
Sekian,wallhualam.
Wasalam.
 
 Gambar hiasan semata-mata. Ihsan daripada pak cik google.

sarapan pagi yang sihat

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Mulakan pagi ini dengan keceriaan yang..yang..yang ape-ape jela..hehehe..=)
Salam 1 Rejab. Beruntungla sape yang puasa hari ni dengan niat yang betul. Bukan dengan niat yang terpesong.
Alhamdulillah,semoga mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Tapi aku tak puasa.Rasa macam tak sihat.Tambah lagi malam ni nak kene cepat gi kelas bi. Tak sempat berbuka nanti. Tapela...lain masa boleh puasa lagi.

So,sarapan aku hari ni..facebook ngan blog. Sihat ke itu? Sihat ape..pagi-pagi dah exercise jari. Exercise otak jugak sebab kena pikir nak cakap ape ni. Selain itu,sarapan aku ialah semangkuk buah anggur yang dibeli di The Store  Kangar semalam. Taklah semangkuk penuh,separuh pun tak sampai tapi disebabkan dia dalam mangkuk,maka dipanggil lah semangkuk.

Syok makan anggur sambil mengadap laptop ni. Satu-satu makan sampai tak sedar dah nak abis makan. Tambah pulak internet pagi-pagi ni laju. Nanti dah panas sikit,lambat la balik ni..T_T

Itu sajela yang nak dicoretkan. Citer sikit-sikit dah ar..panjang-panjang kang tak larat nak baca. Adios..
Wasalam.

Wednesday, May 9, 2012

Sekian

Assalamualaikum..
Selamat pagi B10..Selamat pagi KKH..Selamat pagi Wang Ulu..
Tak sangka kat wang ulu ni dah boleh tulis blog..huhu..T_T..terharu..

Tulis blog ni best sebab secara tak langsung tempat ini menjadi tempat aku curah perasaan..haha..tah pape..
So,what I gonna write today..? Let's think..hmmm..kosong..kosong..kosong...
Serius! Kosong. Tak tau nak cakap ape. Otak ni banyak cerita tapi output di jari ni tak keluar.
Em..sekian jela. wasalam.

testing

hello2..testing..wang ulu..wang ulu..

Thursday, May 3, 2012

memang tade keje

Assalamualaikum..(^_^)

Rajin kau menulis yer Tun..mesti..Atun memang rajin kalo bab membuang masa ni..
Hahaha..kau nak tulis ape Tun..? Atun pun tak tau nak tulis ape..

Eh,sape gerangan yang koya itu..? Hehe..sape lagi...gajah la..Cuba teka lokasi ni kat mane..hehe..kat Lost World Of Tambun,Perak. Sempena lawatan sambil belajar skuad 2010 ke Perak,sempat juge la ambe gi jalan-jalan kat Lost World ni..

Ni kat kawasan mendulang bijih timah..kot..diorang gunakan gajah sebagai transport..kawasan kat situ agak luas. Penat jugakla berjalan.

Sekarang penat menulis pulak..huhu..

cerita aku

Assalamualaikum...
Hahaha rindu sama kau..
Dah lama tak menconteng dimuka kau..
Cara nak menulis pun berubah suda..

Em..nak citer ape yer..bulan jatuh ke riba? Pungguk rindukan bulan..? Anak monyet mahu bulan..?
Nape semua pasal bulan ni..? Tanda soal atas kepala!
Sebab mustahil bulan jatuh ke riba,pungguk hanya boleh merindui bulan dan monyet memang takkan dapat bulan tu..So..? Apa maksudnye,,?

What I mean is..jangan mengharap kepada sesuatu atau seseorang kerana ia bisa meneciwakan. Sekiranya mengharap kepada Tuhan Yang Esa,nescaya kita tidak akan keciwa..

Mengapa anda berkata begitu..?
Kerana sesungguhnya ia benar sekali. Aku berharap kepada manusia,tetapi apa yang aku dapat hanya kekecewaan dan kesedihan hati. Bukan semua la..jika berharap dengan tuhan,memang takkan rasa kecewa,terluka sehingga bisa menangis. Aduyai,ni awat bersastera sangat hang ni..

Betui la..sebab sekarang aku masih kecalaran hatinya..sedangkan abah selalu pesan,bergantung harap hanya pada tuhan. Tapi tula,nama pun manusia. Mesti ade ikatan dengan manusia jugak kan.

Apa pun kuatkan hati,tabahla menghadapi segalanya. Walaupun orang tak memahami aku, insya Allah selagi hayat dikandung badan aku cuba menyenangkan hati orang lain..

~ni citer orang kecewa kan..? Haha..

wee..masuk balik

Assalamualaikum dan selamat tengah hari..
Blog aku dah bersawang..lamenye tak masukkan entri-entri..
Syiuh..syiuh..kau labah-labah sawang..buat keturunan dalam blog aku ni pulak..

Haha..ini percubaan saja..satgi try tulis len pulak..