Wednesday, August 24, 2011

Menjelang Hari Raya 2011

Assalamualaikum w.b.t...
Sedar tak sedar lagi seminggu kita akan berayer.Sekejap je rasa puasa ni.Puasa kat rumah pulak tu.Dah lama tak puasa sebulan kat rumah.Alhamdulillah tahun ni tuhan bagi kesempatan nak berpuasa kat rumah.=)

Dalam masa beberapa hari lagi nak beraya ni,famili aku dah buat persiapan tapi tak la meriah sangat.Baju raye ummi aku dah jahit untuk aku ngan adik-adik aku.Kuih raya bakal dibuat dalam tempoh terdekat bila kakitangan ramai.Hmm,ade tikar baru..wahahaha..kawasan sekitar rumah pun dah dihujani bunyi-bunyi yang selow sikit daripada revolver iaitu mercun.Anak-anak jiran aku dah tak sabar nak sambut raye.

Tahun ni aku buat kelainan sikit.Beli tudung pastu jahitkan labuci ke atasnya.Cantik tak cantik belakang kira.Hehe..jenuh jugak nak jahit sebijik-sebijik labuci atas tudung tapi dah sebab minat yang baru timbul ni,aku siapkan jugak jahitan tu.Not bad walapun baru first time cuba.^^

Kalo raye sebelum-sebelum ni,aku mesti beli kasut raye baru.Tahun ni tak..Aku nak guna ape yang ade je.Tak elok membazirkan..?Selagi boleh guna,kita gunakan.Nak pakai pun sehari dua je kot.Pastu simpan balik dalam rak.Kesian,tak digunakan.

Plan raye tahun ni,tak ade kelainan daripada tahun sebelum-sebelum ni.Hari raye pertama mesti balik kampung,raye kedua,sedara mare datang rumah.Raye ketiga ada saudara kawin so pegi kendurinye.Cume yang lain sikit tahun ni,raye keempat aku dah balik UniMAP.Awal?? Agakla..tapi ade keje perlu diselesaikan.

Harapan sempena hari raye..cey,dah macam kena interview..harapan yang tak kesampaian,tak dapat lesen P untuk hari raye.Kandas dalam ujian jalan raya JPJ.Hehehe..Lagi..em..harapan aku dapat jumpa nasik dagang sebab lame dah tak makan nasik itu.Harapan nak kumpul duit raye tu macam tipis sangat.Em..seterusnya dapat beraya dalam keadaan yang selesa,aman,sentosa dan selamat.Insya-Allah.

Aish,makin panjang aku tulis ni.Nanti bende lain keluar kang.Ok lah,takat ni je pasal raya. Ada masa,citer lagi.S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A..........(^_^)

Wasalam.

No comments:

Post a Comment