There was an error in this gadget

Sunday, August 7, 2011

Tak dela menakutkan sangat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini bukan cerita hantu ya! This story is about driving a car.Like my Mr.K said,driving a car is not too hard.It is just like riding a bicycle.So,dengan kata-kata itu,aku menjadi lebih berani.

Insya Allah akhir bulan 8 ni aku akan menduduki test JPJ,setelah tak berapa lama berhempas pulas belajar memandu mase cuti sem ni.Dulu aku takut kalo sebut kelas memandu.Duk bayang betapa payahnya nak control sebuah kereta.Hakikatnya tak dela menakutkan sangat.

Awal-awal masuk kelas memandu,dengar ceramah panjang berjela-jela.Aku bukak mata luas-luas takut ade bahagian yang aku tertinggal.Kemudian test JPJ guna komputer untuk undang-undang jalan raya.Alhamdulillah,aku lepas dengan jayanya.Lepas tu ceramah lagi pasal kereta selama 3 jam.Masa ni aku berdebar bila aku bayang aku akan bawak sebuah kete.Then,latihan PDL selama 3 jam.Cikgu aku mengenalkan aku dengan cara pemanduan yang berkesan.Mula-mula agak susah tapi dah masuk jam kedua,rasa gementar tu dah hilang sikit.

Lepas PDL aku ada latihan memandu 8 jam.Latihan ni amat membantu aku dalam memahami cara membawa kereta.Walaupun panas tanpa ekon,semangat nih tetap berkobar.Masa latihan,part naik bukit,berenti atas bukit pastu turun balik paling aku tak suka .Tapi aku berjaya menguasai part tu bila dua jam terakhir latihan.Di samping latihan dengan cikgu kat pusat latihan memandu PSM Kuala Berang,aku pun buat latihan ngan abah aku.Awal-awal tu asyik kecik ati jer kena marah,kena tegur dengan abah tapi sesungguhnya marah dan tegur itu untuk membaiki kelemahan aku.

Dah tamat latihan 8 jam,aku kena buat ujian saringan sebelum ke ujian JPJ.Ujian QTI namenye. Ade jugak aku bawak secara berbahaya.Dapat dua pangkah untuk ujian atas jalanraya.Dahsat jugak bila aku kenang balik.wahaha..dengan izin Allah,aku lulus ujian tu..=)Time Kasih untuk cikgu aku yang aku panggil Cikgu Mizan.

Sekarang,abah aku selalu bagi aku bawak kereta tapi bawah pengawasan.Bawak kereta ni sebenarnya senang,dan tak dela menakutkan sangat macam aku bayang dulu.Cuma yang penting,kalo bawak kete tu kena hati-hati,sabar,kawal emosi dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

So the conclusion is..cuba dulu baru tahu.Tak kenal maka tak cinta.Papai..
Salam.

No comments:

Post a Comment