Tuesday, June 8, 2010

Story again??

Assalamualaikum...
Che Ton balik daripada pasar sejam tadi...:D

Erk,Alhamdulillah! Gendang gendut kari berapi,terisi perut suka hati.Aku baru lepas makan asam pedas masakan mak aku.Best....sedap hingga menggigit sudu sebab hirup kuah guna sudu.
Hari ni aku nak cerita lagi..Cerita ni aku ambik daripada ayah aku sendiri.

Cerita 1:
Seorang pemandu lori sedang membawa lori membelah arus malam di atas sebuah lebuh raya.
Kenderaan laju memotong lorinya tetapi dia tidak mengendahkannya.Matanya sudah terasa berat seperti ada sesuatu yang bergayutan.Dia mengambil keputusan untuk tidur sebentar di surau R&R yang berhampiran.

Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi.Tak ramai orang yang berehat di situ.Lalu si pemandu lori tadi landing di tengah-tengah surau lelaki.Lega rasanya dapat merehatkan diri dengan tiupan kipas siling tepat di atasnya.Perasaannya dibuai-buai sehingga dia tertidur.

Jam 6 pagi,ramai pengguna lebuh raya tersebut berhenti untuk menunaikan solat subuh di surau tadi.Salah seorang pengguna yang ingin cepat sampai ke destinasi turun ke surau itu.
Dia mengambil wudhuk dan naik ke tempat sembahyang.Dilihatnya ruang sembahyang sudah penuh di hadapan tetapi tiada orang sembahyang di bahagian belakang kerana seorang lelaki sedang tidur terlentang.

"Alamak,macam mana ni!Aku nak cepat.Bini aku dah nak bernak kat kampung tu.Orang pulak penuh,"orang tadi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Setelah berfikir 2 saat,dia mengambil keputusan untuk sembahyang di belakang orang yang tidur tadi.

"Tak pelah,semayang kejap je.."orang tadi menyedapkan hati.Dia pun mengangkat takbir.

Sementara itu pemandu lori yang tertidur tadi terjaga dan melihat ada orang sedang menyembahyangkannya.Diraba-raba muka dan badannya.

"Haih,aku dah mati ke???Aku dah mati?"pemandu tadi bermonolog dengan gelabahnya.
Dia masih belum berhenti meraba-raba dirinya dan menampar pipi sendiri.Orang yang ingin cepat tadi terbatal sembahyangnya apabila melihat "jenazah" tadi bangun dengan muka yang cemas. Dia ketawa terbahak-bahak sehingga keluar air mata manakala pemandu lori yang menjadi "jenazah" tadi terpinga-pinga.

Cerita 2:
Nenek di sebelah pihak ayahku ku panggil mak tok tetapi sekarang mak tok sudah meninggal dunia.Semasa hayatnya kulihat rambutnya panjang dan putih.Ada sikit-sikit jer warna hitam.
Mak tok meninggal semasa aku dalam tahun 2.

Tak lama kemudian ayahku membina sebuah kolam tiruan untuk diletakkan di sekolah tempat ayahku mengajar dengan menggunakan fiber glass.Lebihan fiber glass tadi dibakar di belakang rumahku.Mak ku pulak seorang yang rajin bercucuk tanam.Maka pada suatu hari mak ku mencangkul bekas tapak pembakaran fiber glass tadi.Kebetulan,adik kedua bongsuku sedang asyik melihat mak ku mencangkul. Tiba-tiba mak ku mencangkul fiber glass yang masih belum terbakar sepenuhnya yang kelihatan seperti rambut orang tua.Adikku tadi menjerit,

"Umi,kenapa umi cangkul rambut mak tok tu."

Mak ku terus berhenti mencangkul kerana menahan tawa.

No comments:

Post a Comment