Thursday, June 3, 2010

membebel...

Assalamualaikum..
Hai,,,che ton's here..

Aku ade citer nak share ngan korang.Aaa...tapi sebelum tu ingin hamba menyampaikan hasrat di hati.Bulan ni aku nak tulih citer jer..hope u'll enjoy them.

Cerita ini tidak mengandungi unsur-unsur ganas dan sesuai untuk bacaan umum.


"Mak,along lapar..Kita tak makan lagi ni mak.Angah dengan acik dah bergolek-golek tahan lapar,"aku mengadu kepada mak ku yang jauh termenung melihat gelagat manusia di hadapan kami.Mak menoleh seketika ke arahku dan berpaling ke hadapan semula.
"Mak tak ada duit,nak.Macam mana nak beli makanan.."mak mengeluh.Jelas kelihatan wajah susah hati mak.
"Mak,kita tak boleh ke mintak tolong jabatan kebajikan masyarakat?"aku menyoal lagi.
"Kita ni mana layak,"mak menjawab sayu.
"Mak,nape ayah tinggalkan kita?"mulutku masih belum berhenti menyoal.
"Biarlah along,memang nasib mak macam ni.Dah ditakdirkan,"tenang suara mak menjawab.

Guruh berdentum menandakan hari nak hujan.Kilat sabung-menyabung di muka langit.
Aku,angah dan acik duduk berhimpit-himpit dalam kawasan yang sempit ni.Kami menggeletar ketakutan.Mak semakin gelisah.

"Along,angah,acik....meh ikut mak pergi sana,"mak menjuihkan mulut ke arah sebuah rumah besar yang tidak jauh daripada tempat kami duduk sekarang.
Mak memulakan langkah,diikuti olehku,angah dan acik.

"Mak,rumah ni besar.Pintu pagar pun automatik,"ujar acik apabila melihat pintu pagar rumah besar tersebut terbuka dengan sendiri apabila kami menghampirinya.
"Ikut mak.Jangan berpecah.Biasanya rumah besar macam ni ada anjing,"mak memberi amaran kepada kami.Mudah saje kami menyusup masuk.Mak mula menyusup masuk ke pintu dapur yang sedikit terbuka diikiuti oleh anak-anaknya.Hujan mula turun mencurah-curah.
"Mak,ada makanan!"angah menjerit lantas menjamah seketul drumstick yang di letakkan di atas meja makan.Tahap kelaparannya memang tak boleh disangkal lagi.Terlalu lapar..
"Angah!!"mak menjerit tetapi semuanya terlambat.
"Gotcha!!"satu suara garau menepis gegendang telinga ku.Dalam sekelip mata sahaja leher angah dicekak oleh tuan punya suara garau tadi.Angah meronta-ronta minta dilepaskan.
"Oooo..mencuri yerk! Kamu semua ni tak tahu malu ke curik makanan orang? Dahlah busuk,comot,bau macam kucing,ada hati pulak nak makan makanan aku?"tengking suara itu.

Acik menarik aku dan ibu untuk melarikan diri melalui pintu yang kami masuk tadi.Tetapi ternyata orang itu lebih pantas.
"Nak lari ke mana hah?Pencuri..??"orang itu menggertak kami selepas menendang pintu dapur yang terbuka tadi.Kini giliran mak pula yang menarik acik dan aku melarikan diri ke tempat lebih selamat.Tapi di mana?
Aku lihat angah masih lagi dicekak oleh orang itu.Tiba-tiba...

"Boy,apa yang bising-bising tu?"seorang perempuan muncul di dapur.
"Ni haa..ada pencuri.Apa kita nak buat dengan diorang ni mama?"orang yang bersuara kasar itu mengadu.
Perempuan tadi mengalih pandang melihat kami yang ketakutan.Dibelek-belek muka mak. Dipusing kiri dan kanan.
"Boy,diorang lapar ni.Bagilah makan.Tak baik tau buat macam tadi tu.Lepaskan yang kat tangan boy tu.Nanti mama buatkan susu panas untuk diorang ni,"perempuan tadi bersuara lembut.
Angah dilepaskan.Kami meluru mendapatkan angah.
"Kamu tak apa-apa?"tanya mak.Angah menggeleng.
Acik memukul badan along."Main terkam je.Nasib baik orang tu baik.Kalau tak mati kita tau,"
acik melepaskan geram yang terbuku di hati.Aku hanya memandang gelagat adik-adikku.
Syukur,semuanya selamat.

5 minit kemudian kami berguling kekenyangan.Yelah,perut ni dah disumbat-sumbat dengan susu panas dan makanan lain yang lazat-lazat.Terharu aku melihat layanan tuan rumah yang bersungguh-sungguh melayan kami.Kami diberi bilik untuk berehat dan membersihkan diri.
"Comel la pulak korang bila dah bersih macam ni,"ujar perempuan tadi selepas kami membersihkan diri.
"Boy,mama nak kamu pelihara kucing-kucing ni macam adik kamu sendiri ok?"perempuan tadi memberi arahan kepada budak bersuara garau tadi.
Yea..mak,aku,angah dan acik akan tinggal di sini dan punya seorang tuan!!

Moral of the story is,jangan mengkhianati binatang.Mereka pun nak hidup macam kita jugak.
"

No comments:

Post a Comment