Tuesday, May 22, 2012

Pakai gelang kaki boleh tak?

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam hari Selasa.
Pada pagi yang damai aku berpikir sejenak. Macam tajuk persoalan kat atas tu. Boleh ke idak pompuan pakai gelang kaki.

Aku ada gelang kaki.Tapi loceng yang tersangkut kat gelang tu aku dah buang. Semalam,ada kawan aku tegur. Dia cakap tak baik pakai gelang kaki. Aku heran la jugak kenapa tak boleh pakai gelang kaki sedangkan gelang tu tade loceng. Setakat yang aku tahu,gelang yang ada loceng tu haram sebab boleh menarik perhatian lelaki bukan mahram.

Aku rasa jugak nak tau betul ke haram. Jadi aku bertanya la pada pak cik google. Lepas cari punya cari,aku jumpa satu blog. Blog Ustaz Nor Amin. Adela orang yang mempunyai persoalan macam aku. Jawab ustaz itu,

"wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng" (Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua.

Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami.

Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stoken atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa."
 
 Sekarang aku dah nampak jawapannye..adalah menjadi haram apabila gelang tu menarik perhatian lelaki yang bukan mahram walaupun berloceng atau tidak. Yang loceng tu memang sah-sah la haram. Yang tak berloceng ni,kalo orang tak nampak tape..sembunyikan dalam stoken. 
 
Sekian,wallhualam.
Wasalam.
 
 Gambar hiasan semata-mata. Ihsan daripada pak cik google.

1 comment: