Thursday, May 31, 2012

Kasihan kereta kecil itu

Assalamualaikum  selamat pagi..
Entri aku hari ini berkaitan dengan satu kemalangan yang berlaku di simpang nak masuk ke PPK Pembuatan(jalan belakang). Sebuah vios telah mengalami kecederaan parah dan pemandunya mengalami kecederaan di tangan. Serun jugakla tengok keparahan vios tu. Nasib baik kete tu sangkut kat penutup longkang yang lebar tu..kalo tak,jatuh menjunam ke bawah bukit yang agak-agak tinggi. Huhu..
Selain itu,sebuah kereta kancil juga menjadi mangsa. Remuk di bahagian hadapan kiri kerana dilanggar daripada sebelah kiri. Kedua-dua buah kenderaan itu dimiliki oleh pelajar. Pada keesokan harinya,aku tengok kat tempat kejadian lagi. Kawasan di mana vios itu tersadai semalam telah clear. Nampak cam tade ape dah yang tinggal tetapi kasihan sekali pada kereta kancil. Masih belum dialihkan daripada posisi semalam atau dibawa ke bengkel. Menurut kata seorang rakanku,kereta kecil itu tidak mampu bergerak kerana tayarnya sudah bengkok. Berapakah impak yang diterima oleh kancil itu? Aku pun tak tahu.

sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment