There was an error in this gadget

Tuesday, June 28, 2011

Apa aku buat??

Assalamualaikum..hari ni aku nak bawak ke pengembaraan bersama kokokrunch..mengimbau kembali ape yang aku buat masa aku dalam kelas.

Perkara utama yang berlaku dalam kelas ialah kemengantukkan yang amat dahsyat.Even dah minum air segelen.makan gula-gula sebakul and exercise 10 minit,mata tetap mengantuk.Penyakit ni mula melanda masa aku form 3.Angin ngantuk tu datang tiba-tiba.Pastu mula la cover muka ngan buku teks kononnya membaca..padahal dah lentok.Lama-lama penyakit ni jadi makin teruk masa aku duk asrama. Bila cikgu tanya nape ngantuk,aku pun buat alasan,tak cukup tido la..makan ubat selsema yang ngantukla,ade rokol tengah malam la..padahal mase prep keje aku tido jer..hahahaha..

Bila dah banyak alasan diberi,aku pun dah tak sanggup reka alasan.Nak tak nak aku tido je..tido bawah meja..hihihi..perangai ni aku bawak gi u dan jadi makin teruk...aku dah cuba guna sabun tahan ngantuk tapi tak jadi jugak...apabila tahap mengantuk tu kritikal,aku keluar ke tandas sebab nak gi tido..hohohoho,,teruk betul..

Satu lagi ape yang aku buat bila cikgu tanye tak dapat jawab..satu peristiwa yang aku ingat masa aku form 2. ustazah tanya aku soalan tapi aku tak boleh jawab.Biasa-biasa sape yang tak boleh jawab kena berdiri,so untuk membolehkan aku duduk,aku buat-buat batuk macam nak mati. Ustazah dengan muka kesian bagi aku duduk.Nakal beno kalo ingat balik.Mintak maap ye ustazah.

Bila tak siap keje rumah,aku buat alasan tak bawak buku.Bila kena denda,sengeh jerla..hihihi..
Bila dikenang mase muda-muda dulu,rasa menyesal pun ade sebab buat mcm gitu..Tapi terlajak masa dah tak boleh diundur.Jangan ikuti perangai yang tidak bagus ini...sekian.

No comments:

Post a Comment