Wednesday, June 20, 2012

Setiap ujian melanda pasti ada hikmahnya.

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera.
Alhamdulillah,aku telah selamat berada di tanah air terengganu terchenta.
Lega rasa boleh tengok kereta,motor bernombor plat depannye 'T'. Rindu or nak tengok..kat Perlis susah nak jumpa. Kat sini berderu-deru..=)

Baru ni dikejutkan dengan ketidaksihatan salah seorang ahli keluarga aku. Penyakit yang tak kronik tapi cukup merisaukan. Sebagai yang paling tua dalam adik beradik(abang tak balik ganu lagi),so aku kenala memikul some responsibilities terhadap keluarga. Pada awalnye,benda ni menjadi sangat mencabar pada aku..beri sedikit tekanan.Kejutan budaya kata ummi,dengan perubahan jadual akir sem secara mendadak(6 hari kena menghadapi 8 papers yang pada asalnya 8 papers ni 2 minggu). Kemudian terpaksa balik dengan bas secara tergesa-gesa. Then, menjaga ahli keluarga yang sakit,memasak,mengemas rumah dan sebagainya.

Sebenarnya benda ni taklah berat sangat. Ia lebih kepada pengajaran dalam erti kehidupan sebenar. Bukan macam dalam novel. Benda ni mematangkan aku. Memberi aku rasa tanggungjawab terhadap keluarga yang menjadi aset terlalu berharga dalam hidup aku. Nanti suatu hari aku akan berkeluarga jugak. Bakal menghadapi suka duka kehidupan. This may be some good practice for me to be a good wife...(^_^)

Sekian sahaja coretannya..
Wasalam..

No comments:

Post a Comment