There was an error in this gadget

Saturday, June 23, 2012

Sampah

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hari ini hari sabtu(hari entri ini ditulis).
Pagi tadi ada pasar minggu kat Kuala ******
Ramai sungguh orang yang datang ke pasar.
Ekonomi rakyat dapat dijana.

Malangnya,mereka tidak menghargai alam sekitar.
Abis pasar sampah macam plastik,sisa makanan dan kotak dibiarkan merata gawe.
Ni ke dikatakan negara Islam yang mane agamanya menganjurkan supaya penganutnya menjaga kebersihan sebab tu sebahagian daripada iman.

Dalam hati sangat rasa terkilan bila tengok keadaan tak terurus macam tu. Sampah melayang ikut arah angin. Terbang ke sana...terbang ke sini. Bau kurang menyenangkan. Kalau pelancong datang tengok,tak ke malu..?

Rugi je usaha nak tarik pelancong kalau orang setempat buat onar macam tu. Even ada yang sapu ngan angkat sampah-sampah tu,tak bermakna tak payah jaga kebersihan. At least dapat meringankan beban diorang.Petang-petang buat kerja entah pukul berapa habisnya. Sepatutnya masa-masa macamtu,hujung minggu pekerja-pekerja tu dapat meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak sebab kebanyakkan mereka tu berpangkat mak dan ayah.

Sampah tu jugak jadi halangan untuk lalu lintas. Ade ke longgok sampah tengah jalan? Dey..sekurang-kurangnya kalau dah terlampau malas,letak ler sampah selonggok tu tepi jalan. Letak setempat. Ni elok jer parking tengah jalan. Susah orang nak lalu. Tu dah kira ambik hak orang lain.(Mengucap aje la..)

Sayangilah alam sekitar.Cucu cicit kita akan teruskan hidup di dalamnya.
Sekian.
Wassalam.







No comments:

Post a Comment