There was an error in this gadget

Monday, October 10, 2011

Lab ooo lab

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Hari ni hari Monday,pukul 8 pagi aku ade lab analog.Aku bangun pukul 5.45 ari ni nak prepare untuk lab.Semangat membara ni lukis circuit utk lab inverting ngan non-inverting op-am.Sambil lukih sambil makan bubur ayam segera.Punya dalam hati berdebar,camne ni kalo Encik Fauzi tanye,mampus aku nak jawab.So,untuk sedapkan hati aku buatla circuit tu..

Naik bas gi Pauh kul 7.15,merajinkan diri lagi,bukak kitab analog yang begitu tebal dan berat.Aku baca tentang operational amplifier ni atau aku lebih suka panggil benda alah ni op-am.Tak sampai 10 minit mata pun layu balik.Dalam hati redha jelah,apa nak jadi,jadikla...

Sampai Pauh,tunggu kat lab.Mane orang yang berkenaan tade lagi pun dalam lab.Gelap je.Then kul 8 lebih sikit lab bukak.Aku tengok ade budak taun 3 Biomedic masuk lab yang sama.Nape pulak ade diorang? Takkan repeat.Rupanya ada percanggahan tempat.Lab aku yang sepatutnya kat situ dah bertukar tempat gi lab atas.Aku pun naik ke lab dengan kawan-kawan aku.

Masuk lab,nampak semua muka kawan-kawan aku ada semangat yang membara.Aku berharap la boleh buat untuk lab ni sebab lab sebelum-sebelum ni tak banyak yang berjaya.Then bila dah ambik component nak buat circuit tu,aku da cuak.First trial,kawan aku,Z(bukan nama sebenar) yang buat.3 kali cubaan tade apa pun kuar kat oscilloscope.Ade titik bercahaya yang aku bagi nama Nur Keimanan.After that,kawan aku sorang lagi buat,J(bukan nama sebenar).Da abih pusing,cabut letak balik tapi tak jadi jugak.Aku pun ambik keputusan nak tengok yang group len punye.Aku ambik gambar pastu tanye camne cara nak pasang dia,aku pun try la.Vee kat kaki nombor 4,Vcc kat kaki nom 7...bla..bla..bla..

Aku baca Bismillah ngan jampi-jampi sikit...emm..ape pun tak boleh.Tak jadi jugak.Tension da ni campur ngan tension Z & J,makin tension.Satu task pun tak dapat buat.Nampaknya eksperimen kali ni failed jugak.Lecture aku tanye,camne nak bagi imrovement untuk lab ni.So,aku jawabla bagi kami buat kat rumah.Then lecture aku cakap,tak payah buat kat rumah,mai datang lab..try kat sini.Oooo...i see..rupenye boleh macam tu.

The conclusion untuk lab analog ari ni..tak berjaya jugak.Sepatutnye kena buat research awal-awal.Bukan datang menonong je.Em..pasni ada lab engineering mechanics,wallahualam.Pape pun ni boleh jadi pengajaran untuk aku..
Sekian..wasalam..

No comments:

Post a Comment