Thursday, October 11, 2012

Dengan mengingati Allah,hati kita akan menjadi tenang

Assalamualaikum..
Salam sejahtera untuk semua.

Yer..keserabutan melanda hati dan fikiran. Rasa macam masalah datang mencurah-curah walaupun sebenarnya benda tersebut doesn't a big matter. Macam-macam aku pikir sekarang ni. Rasa marah yang tak terluah,rasa geram yang terpendam,rasa tak puas hati terbuku..melambak-lambak dalam kotak hati. Otak kata sabar..tapi hati tetap terasa.

Sebagai manusia biasa,ada jugak rasa nak bagitahu semua orang bahawa aku tak puas hati dengan si polan si polan ni.Aku marah dengan orang tu,orang ni.Aku rasa aku tak pandai itu,ini..kalau tak semua orang pun ada jugak terdetik kat hati aku nak orang terdekat tahu,kawan-kawan yang baik dan rapat dengan aku. Tapi bukan keje diorang nak dengar masalah aku. Diorang pun ada masalah sendiri.Aku nak cerita dengan umi abah,tapi tak de kekuatan. I'm trying to be independent.

Maka,janganlah lupa kepada Maha Satu.DIA takkan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tak mampu harungi.Sang hamba perlu bersabar dan mencari jalan penyelesaian serta memohon doa kepada-NYA.Malangnya,sang hamba ni hanya mengingati tuhannya bila susah.

Pesanan untuk diri sendiri..
"Allah dekat sangat dengan kita walaupun kita tak nampak.Ingatlah tuhanmu di mana-mana sahaja,apa jua keadaan kerana dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang.Hanya pada-NYA tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.Bukan pada facebook."

Sekian
Wallahualam
Wassalam.

1 comment:

  1. wesss....
    cerita kt umi ngn abah rasenye bkn x independnt. kalau aku la tu. sbb lpas cite rse mcm bateri recharged mula.
    bkpe wess?
    inbox kt fb? hehe

    ReplyDelete