There was an error in this gadget

Monday, May 2, 2011

akhirnye...=)

Assalamualaikum..salam tengah hari..
Akhirnye..kuar jugak ape yg aku nak post..cing cing..
Hari ini ialah hari isnin,So,jgn la fenin-fenin..

Bila boring-boring ni..aku rasa nak bercerita pulak.Cerita dulu-dulu..zaman sekolah.Zaman sekolah rendah.Hehe..bila ingat zaman sekolah rendah ari tu..kadang-kadang rasa macam nakal pulak.Hehe..aku pernah ponteng solat zohor berjemaah kat surau sekolah.Aku sembunyi dalam tandas sorang-sorang.Takut jugak..orang kate tandas tu berhantu,bekas kubur jepun.Wallahualam.

Em..yang aku tak boleh lupa,aku kena marah dengan cikgu matematik masa darjah 2.Cikgu M.Masa tu Cikgu M tengah mengajar operasi darab kat papan hitam..aku pulak duk buang kemuncuk kat kain sekolah.Gatal la kemuncuk kena kaki..tengah-tengah syok buang kemuncuk tiba-tiba aku kena jerkah."Hoi!!Buat ape tu ar?Cikgu tengah mengajar kat depan awak main-main pulak!"jerkah Cikgu M.Terkezut sangat mase tu.Aku kena berdiri..tak berani nak angkat muka.malu ngan cikgu ngan kawan-kawan.Pastu Cikgu M ambik batang penyapu kat belakang.Cikgu M hempas atas lantai kat depan kelas.Lagi lar aku takut.Aku pun tak tau kenapa Cikgu M marah sangat bila aku tak tumpu perhatian.Kalo orang lain tadela marah macam tu sekali.Hm..aku assume dia nak aku paham betul-betul tajuk tu.

Masa aku darjah tiga,aku kena marah ngan kawan aku sebab malas ambik ukuran meja nak isi dalam buku exercise.Pastu dia kata aku suka mengadu kat cikgu...hehehe..tapi time tu memang betul aku suka mengadu.."cikgu...ijklm ni dia tiru saya","cikgu..opqrs ni tak buat keje rumah."Gitula lebih kurang..basela budak-budak lagi.

Em..ada satu lagu masa aku darjah tiga yang aku tak dapat lupakan.Cikgu matematik merangkap cikgu muzik ajar:

Air mu mengalir,dari gunung jauh disana
suci dan sejuknya,sungguh indah dipandang mata,
kau tetap mengalir walau apa halangan tiba,
tak terhenti henti hingga sampai di laut nanti,
masa juga kan berlalu tak menunggu kita,
gunakanlah sepenuhnya janganlah leka.

Hm..rasa macam tak lama je aku tinggal sekolah rendah.Rindu pulak..nak tengok kawan tunggang lembu..hehe..tak de keje..oklah,setakat ni dulu.Salam.

2 comments:

  1. hahahhhhhh... lawok la klu igt mula opp...
    sape naik lembu orh?? hok dkat pdg tu ke?

    ReplyDelete