Sunday, September 16, 2012

Patah tumbuh hilang berganti

Assalamualaikum dan selamat hari Malaysia!
Sunyi betul hari ni.Betul-betul cuti ni.

Hm..tajuk entri ini..mengenangkan balik anak kucing kat rumah. Muzy namanye. Tapi dah mati. Wuuu..sedih betul.Rasa macam aku baru je belai-belai dia.Bagi mandi..buang taik mata kat mata dia.Sekarang Muzy dah tak de.Muzy mati tersepit dalam saluran air daripada atap. 

Berita menyayat hati tu menggetarkan otak aku.Susah nak cerna berita tu.Muzy nakal betul tapi manja.Senyap je bila dalam pangkuan aku.Suka tangkap ekor mak dia,Miuwe.
Sekarang semua tu dah tinggal kenangan.I'll always love u Muzy.

Kemudian dikhabarkan pulak berita Miuwe bunting lagi. Benarlah kata pepatah patah tumbuh hilang berganti.Semoga Muzy selamat melahirkan anak-anak kucing yang baru yer.

Sekian
Wasalam

Saturday, September 8, 2012

Semester baru,azam pun baru..

Assalamualaikum dan selamat pagi..
anda sudah makan? Branch ke?(Breakfast+lunch)
Aku ler tu mengambil inisiatif Branch. Jimat belanja.


Pada saat dan ketika entri ini ditulih,aku sudah tak berada di tanah ganu terchenta. Sudah balik ke utara sana. Semester baru akan bermula lusa. So,untuk semester baru ini aku berazam untuk kurang bermain-main,kurang bershopping-shopping,lebihkan makan supaya berat naik dan ape lagi yer..menjaga kesihatan supaya tak menderita sakit macam dolu.

Semoga dengan beradanya aku di tahun 3 ini,aku semakin rajin.Amin..untuk semua orang jugak..semoga anda semakin rajin.

Sekian..
Wasalam...

Wednesday, August 15, 2012

Sila ambil serius.

Assalamualaikum

Berikut adalah sedikit perkongsian tentang kandungan gula dalam makanan yang selalu kita makan. Ukuran dalam sudu teh ye..(tetiba jadi serius)


Tak sedar kan kita makan banyak gula. Kebanyakkan orang rasa tak penting untuk tengok fakta pemakanan(nutrition fact) kat belakang bungkusan makanan.Beli dan makanan. Akibatnya,ramai yang menghidap diabetes dan kencing manis.(potong kaki..Nauzubillah)

Tak salah nak makan atau minum coca-cola..sprite..ribena semua tu tapi dalam kuantiti terkawal supaya kelak tak merana bila badan tak dapat nak kawal paras gula dalam darah.

Insya-Allah kita amalkan pemakanan yang seimbang sama-sama supaya pada hari tua nanti tak dihinggapi penyakit berkaitan pemakanan ni.

Wallahualam..
Sekian...

Sunday, August 5, 2012

Padan muka kau.

Assalamualaikum..
Yo! Wasap-wasap!Selamat pagi Malaysia!

Oh,hujan hari ni.Patutla dalam rumah aku kelam je.Tade cahaya matahari masuk.Sejuk lagi atmosferanya.
Em..tajuk ari ni tak de kena mengene dengan siapa-siapa kecuali aku.Yer,hanya aku yang terlibat dalam citer ni.

Alkisah bermula pada tahun 2007,tahun aku masuk sekolah berasrama.Kemasukan ke tingkatan ompet. Awal-awal tahun tu,pihak cikgu-cikgu sibuklah menguruskan hal pelajar termasuklah kumpulan bahasa inggeris mane yang pelajar baru ni patut ditempatkan.Adakah A,B,C,atau D?

Untuk menentukan group tu,cikgu-cikgu BI buat satu test untuk semua pelajar baru ni.Test ni mengandungkan 100 soalan objektif .Pelajar-pelajar diberi 1jam (ke 1jam setengah) untuk selesaikan soalan itu. Mula-mula aku dapat tu dah menggeleng kepala.Tak suke beno jawab soalan objektif 100 soalan ni.Semuanya BI pulak tu.

Test pun bermula.Go Atun Go! Buat jangan tak buat.50 soalan pertama aku jawab dengan jayanya.Nak masuk ke separuh akhir seterusnya,mata aku dah berat.Berat sangat macam kena gantung berkilo-kilo guni garam kat kelopak ni ha.Tengok jam,ala..ade masa lagi.Tido la dulu.Mengantuk-mengantuk ni tak boleh nak fokus.Dengan senang hatinya aku tersengguk-sengguk menghadap kertas soalan tu.

"Okey students,you have 20 minutes more to answer the test",suara teacher yang menjaga test tu menyentakkan aku.Hah? 20 minit lagi.Uih,ade 50 soalan lagi ni.Tadi 50 soalan pun aku buat setengah jam. Cepat-cepat aku ambik pensel balik,baca soalan dengan terburu-buru sampai otak pun tak dapat proses ape yang aku baca."Alamak,tak tau! Tembak jela," Berbelas-belas soalan aku tembak.Soalan belakang-belakang la.Masa dah habis tapi aku masih lagi menembak.Ok,jadilah ape pun nak jadi.Sape suruh tido.

Bila result dikeluarkan dan terpampang di papan kenyataan....
"Atun..atun..atun..."Aku cari nama aku.Dah jumpa.GROUP D! The last group. Ohoho..amek kaw! Orang ambik test jawab dengan bersungguh-sungguh.Ini,pergi tido pula...ayoyo.Apa mau cakap sama umi abah ni..
Tidak mengapalah..bak kata pepatah siapa yang berusaha dia yang dapat hasilnya.

Tetapi,Alhamdulillah..masuk tingkatan limo aku dikehendaki masuk dalam group A. Group pertama dan keputusan peperiksaan SPM untuk Bahasa Inggeris aku juga tidak mengecewakan,A1. Kejadian di atas mengajar aku supaya tak ambik mudah perkara-perkara yang tak sepatutnya di ambik mudah.

Sekian..
Wallahualam..

Saturday, August 4, 2012

Itu anak manusia...

Assalamualaikum dan salam Sabtu.
Salam 15 Ramadhan dan salam Asar.

     Dah tengah-tengah bulan Ramadhan rupanya..Sedar tak sedar bulan penuh keberkatan ini dah nak berlalu meninggalkan kita. Adakah selepas ini kita masih berpeluang bertemu dengan bulan barakah ini? Wallahualam..berdoalah semoga diketemukan lagi.

     Seperti skalo lah,bila dah tengah-tengah bulan puasa ni orang ramai especially di Malaysia sebab negara lain aku tak survey,mula membanjiri pusat-pusat beli belah.Nak kasut raya,baju raya,perabot raya,barang kemas raya,bla..bla..bla..Semua untuk raya. Hendak diceritakan oleh aku ialah sebuah keluarga yang datang ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu.Bershopping barang raya la juge pada pengamatan gue. Tu biasalah masa waktu-waktu gini.

    Semasa menunggu ummi beli barang sikit kat pasaraya tu,aku tengokla keadaan sekeliling.Ow,kat sebelah kereta aku ada pakcik tunggu isteri kut.Tiba-tiba aku dengar cam suara orang marah-marah.Aku cari la sape buat bising dalam bandar sejahtera ni.Ow,seorang kakak....atau lagi sesuai dipanggil makcik.Awat maroh beno tu makcik.Marah sape? Mata aku menyoroti langkah makcik tu.Ow,dia marah budak kecik. Anak bongsunya barangkali.Marah sebab mungkin budak tu banyak songeh dalam pasaraya tadi kut..nak tu..nak ni..tapi makcik tu tak kasi. Okey..tapi tak perlulah melaung macam tu depan orang ramai makcik.Itu anak manusia jugak yang ada hati perasaan. Walaupun budak tu kecik lagi,tapi benda tu boleh bagi effect kat dia bila dia besar nanti.

    Aku meneruskan pemerhatian terhadap keluarga itu.Banyaknye beli barang..Pakcik sebelah kereta aku tadi nak beralih tempat. Keretanya nak diparking di sebelah kereta makcik marah tadi.Budak yang dimarahi tadi tercegat dengan muka sedih dalam petak parking yang pakcik tunggu isteri tu nak parking. Pada awalnya mereka tak perasan tapi salah seorang kakak budak tu perasaan dan mintak adiknya beralih ke depan sikit. Mai lagi sorang kakak dia pi cepuk kepala adik dia dan tolak gi depan dengan muka marah+geram.Ya Allah..itu anak manusia..bukan patung,bukan kucing..apa salahnya tarik tangan dia gi depan sikit.Ni main kepala,dah lebih ni!Aku pun panas tengok.

     Tuhan menyuruh kita berbuat baik sesama manusia terutama sesama saudara sendiri.Kalau dah adik dilayan macam tu sejak dia kecik,so jangan heranlah kalau dia buat balik benda yang berlaku atas diri dia kepada parents dia atau adik beradiknya yang lain.

Sekian,wallahualam.
Wasalam..

Wednesday, August 1, 2012

LoVely 31/7..

Assalamualaikum dan salam bulan kemerdekaan.
Selamat pagi dan selamat berpuasa...(^_^)

   Hoyeh..dah bulan lapan. Hari ni satu hari bulan lapan. Semalam 31/7. Semalam adalah hari yang mengembirakan. Semalam adalah hari aku hyperactive. Kesian adik aku,tak lena tido..muhehehe..

    Semalam,untuk pertama kali dalam hidup aku..melalui sekatan jalan raya JPJ dan disuruh ke tepi. Oih,sape tak cuak kena suruh ke tepi nak buat pemeriksaan. Rasa macam terloncat perut ke tekak. Aku pun buatla seperti yang diarahkan. Parking tepi jalan.Nampak sorang akak driver kancil,status macam aku jugak..ade "P". Siap bertikam mulut dengan sorang pegawai JPJ. Ape ni? Tawakal jela atun..Sebaik berhenti,sorang pegawai JPJ wanita,cun jugak datang..."Adik,mintak lesen.."muka tak senyum tapi berhemah betol dia mintak lesen aku. Cepat-cepat aku keluarkan lesen gambar muka tembam. Tangan menggeletar abih. Padahal orang tu mintak lesen je.(-_-)" Seminit kemudian,lepas pegawai tu tengok kiri, kanan,depan,belakang kereta yang aku bawak,aku dan kereta serta penumpang dibenarkan membawa diri.Umi dengan adik aku gelak je bila tengok aku ketar-ketar serah lesen kat pegawai tadi. First time beb..! Mane tak cuak.

   Petangnya aku dan adik menghantar diri sendiri menjalankan misi yang diarahkan oleh abah. Misinya: Pergi Farmasi Aiman.Beli Ubat-ubatan Yang Diperlukan. Seterusnya Cari Yakult! Misi tambahan oleh umi: kalau pergi bazar,belikan sayur keladi. Orait abah dan umi..anakanda menjunjung perintah. Ditakdirkan Allah SWT,dalam menjalankan misi terakhir iaitu misi mencari sayur keladi,aku terjumpa dengan kawan lama yang memang sangat-sangat aku nak jumpa. Setiap hari aku teringat kat dia..mandi tak basah,tido tak lena,makan tak kenyang..cewah! Tak lah sampai gitu sekali. Aku jumpa balik Ayu! Kawan aku yang kiut..oh,Alhamdulillah..=)

   Ketika perjalanan pulang selepas menyempurnakan misi,aku menerima mesej daripada bestfriend aku zaman SPM dulu..Eh,U'u!Wah..dah dua orang kawan lama...kita menjalin ukhwah balik.They make me smile again.
[Nok senyum weh rase..=))))]

    Dan semalam juga ialah hari lahir abang hensem aku yang ke-23."Uqbah Muslim"..aku pun tak tau bila dia letak "Muslim" tu kat belakang nama dia.Haha..Harap dengan adanya "Muslim" itu,abang akan menjadi muslim yang sejati. Pesanan dari adikmu,"Atun Muslimah"..hehe:Sila beri aku kakak.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam,dan esok lebih baik daripada hari ini.Wallahualam.
Sekian..
Wasalam..

Yang benar,
__@tun__

Sunday, July 29, 2012

Sebab-sebab kenapa budak-budak suka main dalam masjid.

Assalamualaikum dan salam Ahad.

     Hari ni dah 9 Ramadhan. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk berpuasa.Ada manusia yang tak dapat berpuasa kerana keuzuran.Budak-budak kecik pun biasanya tak puasa. Cakap pasal budak-budak kecik ni,biasa la aku tengok diorang main-main dalam masjid time mak ke..ayah dia sembahyang. Dia lari sana,lari sini,jerit macam kena rasuk pastu ketawa golek-golek.

    Bila aku pikir,pikir,pikir...macam-macam sebab timbul dalam kepala. Aku bukan la pengkaji habit budak-budak ni,cuma tafsiran suka hati otak aku jer.Antara sebab-sebab yang aku pikirkan munasabah:


  • Sebab kawasan dalam masjid tu luas.Saujana mata memandang.Ada karpet lagi.Boleh berlari setiap sudut 360 darjah asalkan tak langgar tiang.
  • Bergema.Gema suara dengan derap tapak kaki bila diorang lari-lari tu meningkatkan rasa excited diorang nak bermain-main.Dalam masjid kan sunyi,so suara diorang jela yang memonopoli melainkan ade ustaz bagi ceramah..
  • Sebab mak ayah diorang tengah solat.Tak boleh kejar diorang.Maka berlarilah mereka sesuka hati. Biasanya parents dah pesan awal-awal.Duduk diam-diam..jangan main jauh-jauh..


    Itula antara sebab yang aku pikir kenapa budak-budak kecik suka berlari dalam masjid. Hehe..

    Wallahualam.
    Sekian,Wasalam.