Sunday, March 16, 2014

Ajinomoto of life

Assalamualaikum and very good morning. 




     Outside of the window is raining now. However the environment still warm,still have to switch on the fan. My housemates are still in their dreams. So, I take this opportunity to write this entry while I still having berkapoh ideas. Hehe..

     Ok,thats all for english session to warm up my brain. Jadi,berbalik kepada tajuk yang berkaitan di atas, semalam or aku lagi suka guna mareng telah berlangsungnya seven pillars yang perlu dihadiri oleh pelajar tahun akhir kejuruteraan dan perniagaan termasuklah diri ku ini. Insya Allah bakal bergraduasi bulan 9 nanti.

    It is almost 4 years aku duduk di menara gading ni. Dah jumpa ramai kawan. Jumpa banyak perangai. Hadapi saat-saat gentar peperiksaan. Kat sini juga aku jumpa kawan yang macam-macam jenis. Ada yang sangat baik,sangat kelakar,yang comel,yang cantik,yang rajin,yang biasa-biasa je,yang boleh diajak bersembang pasal ehem2,yang kecoh,yang poyo,yang bajet bagus,yang cari kita bila ada keperluan sahaja,yang sensitif,kaki gosip,yang rilek dan santai,yang kaya anak engineer,yang dah kawin(ade anak dah pun) dan sebagainya.

    Dalam 4 tahun ni hidup aku bagai ditambah-tambah ajinomoto untuk melengkapkan rasa. Tapi aku x maw guna ajinomoto,aku guna Hilal. Produk orang melayu keluaran negeri Kedah. Sedap! Hehe..

   Dah masuk subuh,so meh pi semayang dulu. Panjang umur aku tulis lagi. Bubye..

-Wasalam

Friday, March 7, 2014

Kepulangan

Assalamualaikum dan salam jumaat.


Bertemu kita dalam laman maya fana ini..anda disanun saya disini, untuk anda membaca dan saya bercerita. Bercerita tentang apa? Teruskan membaca baru tau.

Aku pulang ke nanananana ganu kite. Disambut oleh umi dan abah. Masuk kereta takkan senyap. Mesti ada yang dibincangkan. Then,I told them stories about my sister. Berlanjutan daripada cerita-cerita tersebut maka abah pun membuka perbincangan tentang CRO(Cathode Ray Oscilloscope) dan kaitannya dengan televisyen. Ini semua gara-gara cerita adik aku buat lab test guna oscilloscope. Haha..

From oscilloscope,we jumped to radio. At that time aku rasa buat revision balik. The same thing as I learnt in Principle of Communication. Radio frequency,carrier frequency,
modulation and demodulation. 

Sampai rumah..

Aku bergegas ke rumah Nyi melahirkan anak-anaknya. Tak sempat letak beg,aku belek dulu anak-anaknya aka cucu aku. Semua macam ibu nya.Hoho.. Tapi 3 ekor anak bulus tu tak bukak mata lagi..Hm..

Yeah! ini lah mereka bertiga
Walaupun tak bukak mata lagi,kamu,kamu dan kamu tetap menjadi pojaan hatiku..

Aduh,pedih mata pulak. Nampaknya nak kena berehat dulu. Cukup sekedar waktu ini. Lain kali jumpa lagi. 

Bubye.

Wasalam.

Wednesday, March 5, 2014

Bertemu 2014.

Assalamualaikum..


Salam sejahtera..
Such a very long time tak ngapdate blog ni. Hampir-hampir lupa akan kewujudan ini blog. Gara-gara twitter aku ingat balik blog biskut jagung ni..haha

Panas cuaca sekarang di Perlis..suhu mencecah 36 degree celsius( tak jumpa bulat kecik tu). Malam-malam angin kuat di kawasan hostel ni. Bunyi "Fiuh..fiuh..fiuh.." menjelma..tu pabila angin melalui celah tingkap.. just imagine macam dalam horror movie tu..

Well,thats all fo now. Free2 aku update lagi. 
Bubye..

Wassalam..
Lu ade masalah?? 

Saturday, February 16, 2013

Aku budak tahun 3!

Assalamualaikum..
Selamat waktu tengah malam...

Dikala aku sedang mencoret entri blog ini,aku baru selesai melakukan garisan dan contengan di atas sehelai kertas A4. Siap timetable kelas aku untuk semester 2 sesi 2012/2013 ni..

4 subjek utama aku daftar iaitu:
  • Biomedical acts,standards and safety
  • electrical machines and drives
  • artificial organ
  • strength of material
selain daripada tu ade lagi la ko-k ngan latihan industri.

Sedar tak sedar aku dah tahun 3. Semoga semester ini dipermudahkan segala urusan walaupun dah macam-macam projek dan kertas kerja menanti..semua ini akan mematangkan aku. In Sha Allah..


Wallahualam..
sekian..
^_^

Sunday, January 20, 2013

small greeting

Sunday 20/1/2012                                                                              Sunny Day (^_^)

Assalamualaikum
&
Very good morning

It's such a long time I didn't update my blog. So many things I want to tell but I'm lacking of time.
Moreover,I just keep my laptop..save the electrical energy.
That's all.
Thank you.

Thursday, October 11, 2012

Dengan mengingati Allah,hati kita akan menjadi tenang

Assalamualaikum..
Salam sejahtera untuk semua.

Yer..keserabutan melanda hati dan fikiran. Rasa macam masalah datang mencurah-curah walaupun sebenarnya benda tersebut doesn't a big matter. Macam-macam aku pikir sekarang ni. Rasa marah yang tak terluah,rasa geram yang terpendam,rasa tak puas hati terbuku..melambak-lambak dalam kotak hati. Otak kata sabar..tapi hati tetap terasa.

Sebagai manusia biasa,ada jugak rasa nak bagitahu semua orang bahawa aku tak puas hati dengan si polan si polan ni.Aku marah dengan orang tu,orang ni.Aku rasa aku tak pandai itu,ini..kalau tak semua orang pun ada jugak terdetik kat hati aku nak orang terdekat tahu,kawan-kawan yang baik dan rapat dengan aku. Tapi bukan keje diorang nak dengar masalah aku. Diorang pun ada masalah sendiri.Aku nak cerita dengan umi abah,tapi tak de kekuatan. I'm trying to be independent.

Maka,janganlah lupa kepada Maha Satu.DIA takkan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tak mampu harungi.Sang hamba perlu bersabar dan mencari jalan penyelesaian serta memohon doa kepada-NYA.Malangnya,sang hamba ni hanya mengingati tuhannya bila susah.

Pesanan untuk diri sendiri..
"Allah dekat sangat dengan kita walaupun kita tak nampak.Ingatlah tuhanmu di mana-mana sahaja,apa jua keadaan kerana dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang.Hanya pada-NYA tempat untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.Bukan pada facebook."

Sekian
Wallahualam
Wassalam.

Sunday, September 16, 2012

Patah tumbuh hilang berganti

Assalamualaikum dan selamat hari Malaysia!
Sunyi betul hari ni.Betul-betul cuti ni.

Hm..tajuk entri ini..mengenangkan balik anak kucing kat rumah. Muzy namanye. Tapi dah mati. Wuuu..sedih betul.Rasa macam aku baru je belai-belai dia.Bagi mandi..buang taik mata kat mata dia.Sekarang Muzy dah tak de.Muzy mati tersepit dalam saluran air daripada atap. 

Berita menyayat hati tu menggetarkan otak aku.Susah nak cerna berita tu.Muzy nakal betul tapi manja.Senyap je bila dalam pangkuan aku.Suka tangkap ekor mak dia,Miuwe.
Sekarang semua tu dah tinggal kenangan.I'll always love u Muzy.

Kemudian dikhabarkan pulak berita Miuwe bunting lagi. Benarlah kata pepatah patah tumbuh hilang berganti.Semoga Muzy selamat melahirkan anak-anak kucing yang baru yer.

Sekian
Wasalam

Saturday, September 8, 2012

Semester baru,azam pun baru..

Assalamualaikum dan selamat pagi..
anda sudah makan? Branch ke?(Breakfast+lunch)
Aku ler tu mengambil inisiatif Branch. Jimat belanja.


Pada saat dan ketika entri ini ditulih,aku sudah tak berada di tanah ganu terchenta. Sudah balik ke utara sana. Semester baru akan bermula lusa. So,untuk semester baru ini aku berazam untuk kurang bermain-main,kurang bershopping-shopping,lebihkan makan supaya berat naik dan ape lagi yer..menjaga kesihatan supaya tak menderita sakit macam dolu.

Semoga dengan beradanya aku di tahun 3 ini,aku semakin rajin.Amin..untuk semua orang jugak..semoga anda semakin rajin.

Sekian..
Wasalam...

Wednesday, August 15, 2012

Sila ambil serius.

Assalamualaikum

Berikut adalah sedikit perkongsian tentang kandungan gula dalam makanan yang selalu kita makan. Ukuran dalam sudu teh ye..(tetiba jadi serius)


Tak sedar kan kita makan banyak gula. Kebanyakkan orang rasa tak penting untuk tengok fakta pemakanan(nutrition fact) kat belakang bungkusan makanan.Beli dan makanan. Akibatnya,ramai yang menghidap diabetes dan kencing manis.(potong kaki..Nauzubillah)

Tak salah nak makan atau minum coca-cola..sprite..ribena semua tu tapi dalam kuantiti terkawal supaya kelak tak merana bila badan tak dapat nak kawal paras gula dalam darah.

Insya-Allah kita amalkan pemakanan yang seimbang sama-sama supaya pada hari tua nanti tak dihinggapi penyakit berkaitan pemakanan ni.

Wallahualam..
Sekian...

Sunday, August 5, 2012

Padan muka kau.

Assalamualaikum..
Yo! Wasap-wasap!Selamat pagi Malaysia!

Oh,hujan hari ni.Patutla dalam rumah aku kelam je.Tade cahaya matahari masuk.Sejuk lagi atmosferanya.
Em..tajuk ari ni tak de kena mengene dengan siapa-siapa kecuali aku.Yer,hanya aku yang terlibat dalam citer ni.

Alkisah bermula pada tahun 2007,tahun aku masuk sekolah berasrama.Kemasukan ke tingkatan ompet. Awal-awal tahun tu,pihak cikgu-cikgu sibuklah menguruskan hal pelajar termasuklah kumpulan bahasa inggeris mane yang pelajar baru ni patut ditempatkan.Adakah A,B,C,atau D?

Untuk menentukan group tu,cikgu-cikgu BI buat satu test untuk semua pelajar baru ni.Test ni mengandungkan 100 soalan objektif .Pelajar-pelajar diberi 1jam (ke 1jam setengah) untuk selesaikan soalan itu. Mula-mula aku dapat tu dah menggeleng kepala.Tak suke beno jawab soalan objektif 100 soalan ni.Semuanya BI pulak tu.

Test pun bermula.Go Atun Go! Buat jangan tak buat.50 soalan pertama aku jawab dengan jayanya.Nak masuk ke separuh akhir seterusnya,mata aku dah berat.Berat sangat macam kena gantung berkilo-kilo guni garam kat kelopak ni ha.Tengok jam,ala..ade masa lagi.Tido la dulu.Mengantuk-mengantuk ni tak boleh nak fokus.Dengan senang hatinya aku tersengguk-sengguk menghadap kertas soalan tu.

"Okey students,you have 20 minutes more to answer the test",suara teacher yang menjaga test tu menyentakkan aku.Hah? 20 minit lagi.Uih,ade 50 soalan lagi ni.Tadi 50 soalan pun aku buat setengah jam. Cepat-cepat aku ambik pensel balik,baca soalan dengan terburu-buru sampai otak pun tak dapat proses ape yang aku baca."Alamak,tak tau! Tembak jela," Berbelas-belas soalan aku tembak.Soalan belakang-belakang la.Masa dah habis tapi aku masih lagi menembak.Ok,jadilah ape pun nak jadi.Sape suruh tido.

Bila result dikeluarkan dan terpampang di papan kenyataan....
"Atun..atun..atun..."Aku cari nama aku.Dah jumpa.GROUP D! The last group. Ohoho..amek kaw! Orang ambik test jawab dengan bersungguh-sungguh.Ini,pergi tido pula...ayoyo.Apa mau cakap sama umi abah ni..
Tidak mengapalah..bak kata pepatah siapa yang berusaha dia yang dapat hasilnya.

Tetapi,Alhamdulillah..masuk tingkatan limo aku dikehendaki masuk dalam group A. Group pertama dan keputusan peperiksaan SPM untuk Bahasa Inggeris aku juga tidak mengecewakan,A1. Kejadian di atas mengajar aku supaya tak ambik mudah perkara-perkara yang tak sepatutnya di ambik mudah.

Sekian..
Wallahualam..

Saturday, August 4, 2012

Itu anak manusia...

Assalamualaikum dan salam Sabtu.
Salam 15 Ramadhan dan salam Asar.

     Dah tengah-tengah bulan Ramadhan rupanya..Sedar tak sedar bulan penuh keberkatan ini dah nak berlalu meninggalkan kita. Adakah selepas ini kita masih berpeluang bertemu dengan bulan barakah ini? Wallahualam..berdoalah semoga diketemukan lagi.

     Seperti skalo lah,bila dah tengah-tengah bulan puasa ni orang ramai especially di Malaysia sebab negara lain aku tak survey,mula membanjiri pusat-pusat beli belah.Nak kasut raya,baju raya,perabot raya,barang kemas raya,bla..bla..bla..Semua untuk raya. Hendak diceritakan oleh aku ialah sebuah keluarga yang datang ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu.Bershopping barang raya la juge pada pengamatan gue. Tu biasalah masa waktu-waktu gini.

    Semasa menunggu ummi beli barang sikit kat pasaraya tu,aku tengokla keadaan sekeliling.Ow,kat sebelah kereta aku ada pakcik tunggu isteri kut.Tiba-tiba aku dengar cam suara orang marah-marah.Aku cari la sape buat bising dalam bandar sejahtera ni.Ow,seorang kakak....atau lagi sesuai dipanggil makcik.Awat maroh beno tu makcik.Marah sape? Mata aku menyoroti langkah makcik tu.Ow,dia marah budak kecik. Anak bongsunya barangkali.Marah sebab mungkin budak tu banyak songeh dalam pasaraya tadi kut..nak tu..nak ni..tapi makcik tu tak kasi. Okey..tapi tak perlulah melaung macam tu depan orang ramai makcik.Itu anak manusia jugak yang ada hati perasaan. Walaupun budak tu kecik lagi,tapi benda tu boleh bagi effect kat dia bila dia besar nanti.

    Aku meneruskan pemerhatian terhadap keluarga itu.Banyaknye beli barang..Pakcik sebelah kereta aku tadi nak beralih tempat. Keretanya nak diparking di sebelah kereta makcik marah tadi.Budak yang dimarahi tadi tercegat dengan muka sedih dalam petak parking yang pakcik tunggu isteri tu nak parking. Pada awalnya mereka tak perasan tapi salah seorang kakak budak tu perasaan dan mintak adiknya beralih ke depan sikit. Mai lagi sorang kakak dia pi cepuk kepala adik dia dan tolak gi depan dengan muka marah+geram.Ya Allah..itu anak manusia..bukan patung,bukan kucing..apa salahnya tarik tangan dia gi depan sikit.Ni main kepala,dah lebih ni!Aku pun panas tengok.

     Tuhan menyuruh kita berbuat baik sesama manusia terutama sesama saudara sendiri.Kalau dah adik dilayan macam tu sejak dia kecik,so jangan heranlah kalau dia buat balik benda yang berlaku atas diri dia kepada parents dia atau adik beradiknya yang lain.

Sekian,wallahualam.
Wasalam..

Wednesday, August 1, 2012

LoVely 31/7..

Assalamualaikum dan salam bulan kemerdekaan.
Selamat pagi dan selamat berpuasa...(^_^)

   Hoyeh..dah bulan lapan. Hari ni satu hari bulan lapan. Semalam 31/7. Semalam adalah hari yang mengembirakan. Semalam adalah hari aku hyperactive. Kesian adik aku,tak lena tido..muhehehe..

    Semalam,untuk pertama kali dalam hidup aku..melalui sekatan jalan raya JPJ dan disuruh ke tepi. Oih,sape tak cuak kena suruh ke tepi nak buat pemeriksaan. Rasa macam terloncat perut ke tekak. Aku pun buatla seperti yang diarahkan. Parking tepi jalan.Nampak sorang akak driver kancil,status macam aku jugak..ade "P". Siap bertikam mulut dengan sorang pegawai JPJ. Ape ni? Tawakal jela atun..Sebaik berhenti,sorang pegawai JPJ wanita,cun jugak datang..."Adik,mintak lesen.."muka tak senyum tapi berhemah betol dia mintak lesen aku. Cepat-cepat aku keluarkan lesen gambar muka tembam. Tangan menggeletar abih. Padahal orang tu mintak lesen je.(-_-)" Seminit kemudian,lepas pegawai tu tengok kiri, kanan,depan,belakang kereta yang aku bawak,aku dan kereta serta penumpang dibenarkan membawa diri.Umi dengan adik aku gelak je bila tengok aku ketar-ketar serah lesen kat pegawai tadi. First time beb..! Mane tak cuak.

   Petangnya aku dan adik menghantar diri sendiri menjalankan misi yang diarahkan oleh abah. Misinya: Pergi Farmasi Aiman.Beli Ubat-ubatan Yang Diperlukan. Seterusnya Cari Yakult! Misi tambahan oleh umi: kalau pergi bazar,belikan sayur keladi. Orait abah dan umi..anakanda menjunjung perintah. Ditakdirkan Allah SWT,dalam menjalankan misi terakhir iaitu misi mencari sayur keladi,aku terjumpa dengan kawan lama yang memang sangat-sangat aku nak jumpa. Setiap hari aku teringat kat dia..mandi tak basah,tido tak lena,makan tak kenyang..cewah! Tak lah sampai gitu sekali. Aku jumpa balik Ayu! Kawan aku yang kiut..oh,Alhamdulillah..=)

   Ketika perjalanan pulang selepas menyempurnakan misi,aku menerima mesej daripada bestfriend aku zaman SPM dulu..Eh,U'u!Wah..dah dua orang kawan lama...kita menjalin ukhwah balik.They make me smile again.
[Nok senyum weh rase..=))))]

    Dan semalam juga ialah hari lahir abang hensem aku yang ke-23."Uqbah Muslim"..aku pun tak tau bila dia letak "Muslim" tu kat belakang nama dia.Haha..Harap dengan adanya "Muslim" itu,abang akan menjadi muslim yang sejati. Pesanan dari adikmu,"Atun Muslimah"..hehe:Sila beri aku kakak.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam,dan esok lebih baik daripada hari ini.Wallahualam.
Sekian..
Wasalam..

Yang benar,
__@tun__

Sunday, July 29, 2012

Sebab-sebab kenapa budak-budak suka main dalam masjid.

Assalamualaikum dan salam Ahad.

     Hari ni dah 9 Ramadhan. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk berpuasa.Ada manusia yang tak dapat berpuasa kerana keuzuran.Budak-budak kecik pun biasanya tak puasa. Cakap pasal budak-budak kecik ni,biasa la aku tengok diorang main-main dalam masjid time mak ke..ayah dia sembahyang. Dia lari sana,lari sini,jerit macam kena rasuk pastu ketawa golek-golek.

    Bila aku pikir,pikir,pikir...macam-macam sebab timbul dalam kepala. Aku bukan la pengkaji habit budak-budak ni,cuma tafsiran suka hati otak aku jer.Antara sebab-sebab yang aku pikirkan munasabah:


  • Sebab kawasan dalam masjid tu luas.Saujana mata memandang.Ada karpet lagi.Boleh berlari setiap sudut 360 darjah asalkan tak langgar tiang.
  • Bergema.Gema suara dengan derap tapak kaki bila diorang lari-lari tu meningkatkan rasa excited diorang nak bermain-main.Dalam masjid kan sunyi,so suara diorang jela yang memonopoli melainkan ade ustaz bagi ceramah..
  • Sebab mak ayah diorang tengah solat.Tak boleh kejar diorang.Maka berlarilah mereka sesuka hati. Biasanya parents dah pesan awal-awal.Duduk diam-diam..jangan main jauh-jauh..


    Itula antara sebab yang aku pikir kenapa budak-budak kecik suka berlari dalam masjid. Hehe..

    Wallahualam.
    Sekian,Wasalam.

Friday, July 27, 2012

Ke bazar ramadhan(versi bahasa ganu)

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Lame doh wase dok menyampaikan citer versi bahasa tempat ambe ni.Orang kate lame jamang. Hor,doh tubik doh idea ni,mehla nok citer se ke sek-sek mung.Citer pasal bende? Bazar ramadhan.Kang bulan pose doh ni..mesti ar ade bazar ramadhan.

Kat kapung aku ni ade bazar tapi kechek ngat.Dok banyok ar pilihan.Nok hok ade banyak pilihan gi ar Kuala Berang. Situ banyok org jual. Macam-macam ade,dok cekak nok kabo. Nasik ade segala jenih nasik...nasik putih berlauk,nasik khabu(kerabu),nasik dagang..nasik lemok x napok agi,ade kut yer nusuk.
Kuih pulok,ghoyak nok bende tapi bukan semua jenih kat malaysia ni ade situ tapi nok ghoyak banyoknye kuih org jual.Air,sedak-sedak blake napok. Hor ar,dang pose sedak blake.

Petang-petang rama ar manusia mari. Kaya rakyat ganu ni. Meramaikan bazar. Polis pun ade wak rondaan. Napok ar lapu kete polis lih-lah-lih-lah,kaler biru. Orang pakak hati-hati blake ar..dok risau doh..dokleh wak parking ngate riti.Kekgi kene saman.Ye dok mung? Hehe,dok eh tapi ahu la kalu sungguh.

Bendape gi ade bazar?Em..x napok agi hok pelek..base-base jer belake.Adop orang jual kain ghaye ork? Kedda banyok doh.Beghende kene gantung.Cari je hok mane kenang.Letih la pulop citer banyok-banyok ni.Banyok ke eh? Dop pun..tapi takat ni jela nok citernye..

Selamat berpuasa.
Wasalam.

Thursday, July 26, 2012

Fatin's Fans

Assalamualaikum..selamat pagi..(^_^)
Salam ramadhan juga..!!

Aku dan adik-adik meminati seorang budak kecik ni. Namanya fatin,budak kecik yang pernah dijaga oleh umi. Sangat comel,keletah yang mencuit hati,fotogenik dan banyak cakap....

We miss u a lot sweetie..
Tak lama lagi fatin dah nak masuk tadika. (^_^)..
Mmmuah!! Love you..

Sekian,Wasalam.

Sunday, July 22, 2012

Cobaan..

Assalamualaikum..
Hari ni aku ber'emo' sikit menulih nih.
Haih,marah beno teman.

Tadi aku pegi ler hantar adik-adik masuk asrama. Sebelum tu,singgah kejap kat satu kedai beli barang. Ramai jugak ler orang beli barang di situ. Beli untuk persiapan bukak puasa kut. Masa nak buat pembayaran ,tengah-tengah beratur tunggu turn,adela satu famili bawak troli parking belakang aku. Nak membayar jugak tu. Dalam troli tu ada barang-barang dan jugak anak laki umur lebih kurang 4 ke 5 tahun gitu la. Ok,tu aku tak kisah la. Pastu aku rasa ade bende menyondol kat belakang. Dalam hati ni bercakap la jugak,"mak cik ni tak sabar ke nak bayar sampai sondol-sondol aku ni..?"

Bila tengok belakang,mak cik tu tak de pun. Rupanya budak dalam troli sondol-sondol aku. Okey,budak kecik lagi. Boleh consider dia main-main.Aku beralih tempat sikit. Mak aii..makin menjadi-jadi gatal tangan budak ni.Pegang-pegang belakang aku pulak. Tunjuk muka gatal. Rasa nak cepuk je. Tiga empat kali berbuat begitu. Tak tahan jugak aku even he is still small but i think he has learn which parts of other human body are forbidden to touch unless he didn't learn. Mak cik oii..marah la sikit anak mak cik ni..saya ni perempuan..anak dara orang. Dalam hati jela cakap gitu. Last-last akibat sangat tak selesa dengan keadaan tu,aku jegilkan mata kat budak tu. Biarla famili dia nampak aku marah anaknye,asalkan hak aku tak terbuli.

Itula cubaan bulan puasa ni. Bulan puasa mengajar kita bersabar. Aku dah cuba bersabar,tapi kalo dah lebih-lebih..memang tak boleh sabar.Sekian sahajalah cerita aku. Kalo ada yang terasa mintak maaf yer..

Wasalam..

Monday, July 16, 2012

Keputusan Peperiksaan Sudah KELUAR!!!

Tarikh:16/7/2012
Kejadian:Pelajar-pelajar UniMAP boleh start semak result exam masing-masing.

Assalamualaikum..
Berdasarkan kejadian di atas,aku yang juga salah seorang pelajar UniMAP telah check result menggunakan kemudahan portal. Mula-mula aku tak expect langsung hari ni keluar result.Jiwa tengah aman damai tiba-tiba bergelora bila tau ari ni keluar resultnye..Ele..cam tak biasa dapat result.Tiap-tiap semester dapat result takkan kecut perut lagi..Halo! Setiap kali dapat result mesti berdebar punyelah.Kompom tak yah nafikan. Result ape pun,semua mendebarkan.Kuikui..

Selepas melalui beberapa prosedur keselamatan untuk log masuk ke dalam portal,maka misi mencari kebenaran bermula. Internet yang agak-agak kemalasan membuat aku makin cuak. Cepat ler..nak tengok result ni..kemudian,apa yang dinantikan muncul.Eh,belum lagi..kena pilih nak tengok ape..klik pada current semester result(ye ke? Lebih kurangla..),jeng,jeng,jeng terpampang.

Betul ke ni? Aku tak silap tengok? Nama aku,nombor matrik pun aku punya,ic pun aku punya jugak. Aku rasa macam tak boleh buat masa exam baru ni.Woa..rasa macam tak percaya.Lama-lama tilik baru percaya.Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki yang baik kepada hambaMu ini. Tak disangka pointer meningkat sama ada PNG ataupun PNGK. Alhamdulillah,sangat bersyukur..

Mungkin inilah hikmah disebalik kepadatan jadual peperiksaan baru-baru ini. Membuatkan students tak lagha(tak main-main),pulun abih..Berdasarkan fb,ramai jugak classmates aku yang mendapat kenaikan pointer. Semoga keputusan peperiksaan ini dapat membakaq semangat untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi;semangat budak-budak Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan sesi 2010/11.(^_^). Insya-Allah. Amin Ya Rabb..

Tahniah rakan-rakan.=)

Sekian,Wasalam..

Sunday, July 15, 2012

Menangis sebab tu jer..?

Assalamualaikum..
Selamat petang..

Hahahaha..bagi aku gelak dulu..hahaha..kalo ade orang baca cerita ni mesti pikir apela atun ni. Sikit punya hal pun nak nanges..be matured la weh..!! Hahaha..

(Amende citernye tun?)

Gini citernye..beberapa hari lalu aku berpuasa. Dalam hati ni niatnye nak minum air best..sejuk masa bukak puasa nanti. Alang-alang hari tu aku pegi jalan-jalan,dicari la air best tu. Maka terbeli lah air Ribena Cranberry+Blackcurrent. Siap simpan dalam peti ais tempat beku tuh nak bagi sejuk dia kaw-kaw.

Masa berbuka pun tiba..dengan makanan yang ala-ala kadar bersama air Ribena tadi. Minum air masak dulu pastu minum Ribena seteguk..lepas makan nanti minum balik. Tengah-tengah makan,adik aku mintak air Ribena aku sikit. Camne entah,tersilap teknik pegang cawan tu,maka tertumpah la air itu.Habis!

Dengan tidak ditahan-tahan,aku terus menangis kekecewaan.T_T..yela,air yang diidam-idamkan dah habis secara tiba-tiba. Adik aku dah cuak tengok aku menangis. Macam-macam air lain dia offer tapi aku tak nak. Tetap dengan kekecewaan. (Bila ingat balik,hahahahahahaha..ketawakan diri sendiri)

Lepas ummi pujuk,baru aku natural balik. Teringat pesan abah,apa yang kita dapat tu semuanya rezeki daripada Allah. So,itu bermakna air ribena itu bukan rezeki aku pada hari itu. Tidak mengapalah. Sebagai gantinya,jus oren+anggur hijau di'blend' sendiri menjadi pembasah tekak. Sedap gop..hehehe..

Hahaha..sengal atun..hehehe..Sekian sahaja cerita maghrib hari..
Wasalam..

Thursday, July 5, 2012

Alhamdulillah,thank you Allah..

Assalamualaikum..dan selamat petang.
Ape ni,tajuk english,ceritanya melayu?
Hehe..sebab rasa tajuk tu paling sesuai.

Hari ini aku gi ambik test jalan raya. Test untuk mendapatkan lesen P. Masuk kali ni dah kali ketiga aku ambik test jalan raya. Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga,aku lulus dan markah yang tak mengecewakan.

Pada awalnya, aku rasa sangat-sangat gementar sampai menangis-nangis.Hoho..nak ambik test pun menangis. Yela..dua kali failed kat lampu isyarat buat aku semacam trauma dengan benda alah 3 kaler tu(bila ada pegawai jpj kat sebelah la). Tapi alhamdulillah,berkat doa umi,abah dan adik beradik lain dan juga kesungguhan kita nak benda tu..mintak dengan tuhan sesungguh-sungguh hati,,hasilnya memang sangat mengembirakan.


Sekarang,aku dah ada lesen P. Moga-moga dengan adanya "certificate" ni,kehidupan aku menjadi lebih baik. Insya Allah..(^_^)
Sekian.Wasalam.

Thursday, June 28, 2012

Berjalan-jalan area HSNZ

Assalamualaikum..Selamat petang..
Semalam pegi HSNZ(Hospital Sultanah Nur Zahirah).
Sementara menunggu salah seorang ahli keluarga aku buat fisioterapi,aku ngan adik aku pegi jalan-jalan dekat-dekat HSNZ itu.

Ni HSNZ.Bahagian pintu utama..

Kompleks Renang .

Bulatan Batu Baruk. Belakang tu pemandangan Pantai Batu Buruk

A&W Batu Buruk

Pantai Batu Buruk

Bersama beruang A&W

Sekian..wassalam..